Friday, November 18, 2011

Takraw terkulai lagi di Palembang

PALEMBANG - Malaysia semakin menjauh daripada statusnya sebagai antara pasukan sepak takraw terbaik Asia Tenggara, apabila mengalami satu lagi kekalahan buruk, 0-3 kepada seteru utama, Thailand semalam.

Selepas tunduk kepada tuan rumah kelmarin, anak buah Jamaluddin Hassan meranapkan peluang meraih emas apabila kalah mudah kepada Thailand. Sekali pun menewaskan Myanmar hari ini, peluang mereka sudah tertutup.

"Pemain kita tidak cukup mantap dan kita kena sedar bahawa Thailand melakukan persiapan yang lebih rapi," kata Jamaluddin.
Jelasnya, enam daripada pemain kita berpengalaman beraksi dalam dua Sukan SEA, namun masih gagal bermain baik.

"Mereka kurang garang dan gagal menggerunkan lawan. Kita akan buat post-mortem apabila balik ke tanah air," katanya.

Ketiga-tiga regu Malaysia tewas mudah dengan keputusan straight set. Regu pertama tumpas 6-15, 4-15, diikuti regu kedua 7-15, 12-15, sebelum regu ketiga melengkapkan kekalahan 12-15, 9-15. - Utusan

No comments:

Post a Comment