Wednesday, November 9, 2011

Gempur habis-habisan

“INI bukan perlawanan hidup atau mati tapi kita perlu menyerang untuk menjaringkan gol bagi mencapai kemenangan,” kata jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Ong Kim Swee menjelang pertembungan getir berdepan juara 13 kali Sukan Sea, Thailand hari ini.

Selepas aksi mengecewakan anak buahnya ketika seri 0-0 pada perlawanan pertama Kumpulan A Sukan Sea Indonesia kelmarin, pengendali negara itu sedar cabaran dihadapi kali ini lebih sukar.

“Saya menyaksikan Singapura menewaskan Thailand 3-2 dalam aksi persahabatan baru-baru ini tapi saya tetap menganggap Thailand lebih hebat terutama di bahagian tengah dan kita harus lebih waspada,” katanya.
Justeru, Kim Swee mula memikirkan untuk merombak barisan pemain bagi menyaingi skuad Thailand kendalian, Prapol Pongpanich yang akan turun dalam perlawanan pertama mereka.

“Saya akui pemain gagal memberikan persembahan baik khususnya 30 minit babak pertama. Saya kecewa, khususnya tonggak utama berpengalaman seperti K Gurusamy.

“Saya memikirkan untuk membuat sedikit perubahan dalam barisan pemain bagi perlawanan esok (hari ini),” katanya.


HARIAN METRO

No comments:

Post a Comment