Wednesday, November 9, 2011

Fokus pemain tidak terjejas - Hamidin

JAKARTA - Sikap penyokong Indonesia yang berke- lakuan tidak profesional jelas sekali tidak mendatangkan resah buat skuad bola sepak B-23 negara.

Hakikatnya, barisan kendalian Ong Kim Swee itu awal-awal lagi sudah diingatkan dengan provokasi yang akan dicetuskan oleh penyokong Indonesia ketika mereka turun beraksi pada temasya Sukan SEA kali ini.
Pada pertemuan menentang Singapura di Stadium Gelora Bung Karno kelmarin, skuad Harimau Muda diejek penyokong tempatan yang sememangnya sudah bersedia 'melanyak' anak- anak buah Kim Swee.
Mujur mereka tidak begitu dihantui dengan sorakan 'boo' oleh ribuan penyo- kong Indonesia, sebaliknya masih mampu menjalankan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin.

"Perkara ini (diejek penyokong Indo- nesia) sudah kita jangka dari awal lagi. Para pemain sudah memahami dan sedar akan situasi yang bakal dihadapi mereka di sini.

"Bagaimanapun, itu bukan alasan untuk mereka gagal menampilkan aksi permainan yang diharapkan. Saya lihat, mereka tidak hilang fokus pada perlawanan dengan Singapura semalam (kelmarin) walaupun sering kena 'boo' oleh penyokong Indonesia," jelas pengurus skuad B-23 negara, Datuk Hamidin Mohd. Amin semalam.
Barisan pemain negara mula mene- rima provokasi daripada penyokong Indonesia sebaik sahaja lagu Negaraku berkumandang sebelum perlawanan berlangsung.

Situasi itu jelas mengundang rasa terkejut para pegawai dan penyokong negara walaupun mereka sudah bersedia dengan 'gelora' yang menanti di gelanggang keramat tersebut.

"Saya sudah ingatkan para pemain bahawa mereka jangan hilang fokus setiap kali diejek penyokong Indonesia. Yang penting, mereka mampu menyerap setiap tekanan, baik di dalam mahupun di luar padang.
"Mereka juga sedar masalah ini akan berterusan setiap kali skuad negara beraksi. Jadi mahu atau tidak, mereka memberikan komitmen 200 peratus di tengah padang," tambahnya.

Mengenai cabaran yang menanti barisan pemain Kim Swee selepas seri tanpa jaringan dengan Singapura kelmarin, Hamidin berkata, pertemuan menentang Thailand hari ini akan menjadi petunjuk kepada hala tuju skuad negara.

"Selepas undian dikeluarkan, kita sudah tahu bahawa Kumpulan A adalah kumpulan maut. Ada empat pasu- kan (Thailand, Indonesia, Singapura dan Malaysia) mempunyai peluang yang seimbang untuk mara ke saingan separuh akhir.

"Jadi saya dapat menjangkakan satu persaingan yang cukup sengit antara keempat-empat pasukan ini untuk mengisi dua slot ke separuh akhir.

"Bermula perlawanan menentang Thailand esok (hari ini), saya harap para pemain bangkit seterusnya mela- yakkan diri ke saingan separuh akhir," jelasnya.



KOSMO

No comments:

Post a Comment