JAKARTA Kematian seorang pelajar perubatan dari Malaysia yang dibunuh di Malang, Indonesia kelmarin tidak seharusnya mencetuskan rasa bimbang buat atlet dan pegawai kontinjen negara yang menyertai Sukan SEA 2011. Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2011, Datuk Naim Mohammad berkata, isu keselamatan, terutamanya dalam kalangan atlet negara, tiada kaitan dengan insiden yang menimpa pelajar perubatan dari Malaysia itu.
Sehubungan itu, Naim berkata, barisan atlet negara tidak perlu bimbang terhadap aspek keselamatan sepanjang berlangsung Sukan SEA yang akan membuka tirainya secara rasmi Jumaat ini. "Kejadian tersebut (kes bunuh pelajar Malaysia) adalah kes terpencil dan ia berlaku secara kebetulan menjelang temasya Sukan SEA. "Untuk itu saya berharap semua pihak jangan bimbang mengenai keselamatan atlet kita di sini, jangan dengar khabar angin yang boleh mencetuskan rasa bimbang.
"Saya percaya, penganjur menitikberatkan aspek keselamatan semua yang terlibat pada Sukan SEA di negara mereka kali ini," kata Naim semalam. Kelmarin, seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di semester lima Fakulti Perubatan, Universiti Brawijaya di Malang, Indonesia maut selepas dia dibunuh ketika cuba menghalang seorang lelaki daripada mencuri motosikalnya di hadapan rumah sewanya di Lowokwaru, Kota Malang.
Mangsa yang berasal dari Selangor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas lehernya dikelar dengan senjata tajam oleh suspek yang cuba melarikan motosikalnya. Walaupun tidak perlu bimbang terhadap aspek keselamatan kontinjen negara pada temasya kali ini, Naim menegaskan, semua pengurus pasukan diarah supaya meningkatkan kawalan atlet di bawah seliaan masing-masing. Menurutnya, ini kerana penginapan setiap pasukan berselerak di hotel sekitar Jakarta, disebabkan penganjur tidak menyediakan perkampungan sukan seperti kelaziman yang dilakukan oleh tuan rumah sebelum ini.
"Selain daripada menyerahkan tanggungjawab soal keselamatan daripada pihak penganjur, pengurus setiap pasukan juga perlu meningkatkan pengawasan terhadap anak buah masing-masing. "Sebagai Ketua Kontinjen, saya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan tahap keselamatan semua kontinjen negara terjamin," katanya.
KOSMO

No comments:
Post a Comment