Tuesday, November 15, 2011

Berat badan cetus masalah

AKSI pasangan Yeoh Ken Nee dan Bryan Nickson Lomas, semalam.
AKSI pasangan Yeoh Ken Nee dan Bryan Nickson Lomas, semalam.
 
MALAYSIA terus menguasai pentas terjun di Palembang apabila mengutip dua lagi pingat emas menerusi pasangan Yeoh Ken Nee dan Bryan Nickson Lomas dan Leong Mun Yee-Traisy Vivien, di Pusat Akuatik Jakabaring, Palembang, semalam.

Namun bagi penerjun veteran, Ken Nee, 28, masalah berat badan berbeza terus menjadi isu kerana pada berat badan 70 kilogram sedangkan Bryan hanya 54 kg, mereka perlu membaiki kelemahan itu dalam laluan untuk menghadiahkan emas acara 3 meter papan anjal seirama lelaki.

“Masalah utama kami ialah ketika melakukan lompatan, seorang akan melompat lebih tinggi berbanding seorang lagi kerana berat badan yang jauh berbeza. Jika di kejohanan antarabangsa, perkara itu akan menyebabkan mata dipotong,” kata Ken Nee yang sebelum ini bergandingan dengan Rossharisham Roslan.
Pasangan itu mempertahankan pingat emas di Laos 2009 apabila mengumpul keseluruhan 392.31 mata, jauh meninggalkan pasangan Filipina, Nino Carog-Jaime Asok (342.99) dan Andriyan-Akhmad Sukran Jamjami dari Indonesia (332.40).

Bryan, 21, berkata dia merasakan saingan yang diberikan negara lain lebih kurang berbanding temasya sebelumnya, mungkin disebabkan beberapa penerjun mengalami kecederaan.

“Saya pun tidak tahu mengapa mereka meletakkan darjah kesukaran yang rendah kerana bagi kami, kami sudah biasa dengan darjah kesukaran tinggi,” katanya yang berharap dapat mempertahankan emas acara 10m platform individu hari ini.


Pada sebelah petang, Mun Yee dan Traisy yang bergandingan dalam acara 10m platform seirama wanita menambah pungutan emas apabila keseluruhan 306.6 mata dalam saingan tiga negara itu, meninggalkan Indonesia (268.62) dan Myanmar (155.73).

“Mulanya agak gementar tetapi saya buat macam biasa. Inilah pencapaian terbesar saya di peringkat antarabangsa dan menghadiahkan kemenangan ini kepada ayah (Tukiet Kent) dan ibu (Nila Jinggot) yang banyak mendorong saya,” kata Traisy, 17, yang sebelum ini hanya meraih perak acara 10m platform individu pada temasya lalu. B-Harian

No comments:

Post a Comment