JIKA di Indonesia, media tempatan menganggap saingan Kumpulan A bola sepak Sukan Sea sebagai ‘Kumpulan Neraka’. Hakikat sama turut dirasai skuad bawah 23 tahun negara yang merasai bahangnya apabila diundi dalam kumpulan yang sama.
Sesungguhnya diakui Malaysia bakal berdepan ranjau penuh berliku untuk mempertahankan pingat emas Sukan Sea kali ini apabila diletakkan bersama pasukan tuan rumah, Thailand, Singapura dan Kemboja dalam saingan Kumpulan A.
Ini kerana Indonesia yang mempunyai kelebihan di tempat sendiri pasti mahu mengaut kelebihan, manakala juara 13 kali, Thailand sentiasa dianggap ancaman besar meskipun terkandas di peringkat kumpulan dua tahun lalu dengan kemampuan Singapura juga tidak boleh diketepikan.
Bagaimanapun, finalis Sukan Sea Laos 2009, Vietnam boleh tersenyum selepas keputusan undian diumumkan semalam apabila mengetahui mereka hanya perlu berdepan Myanmar, Laos, Brunei, Filipina dan Timor Leste untuk melepasi halangan Kumpulan B.
Bagi Malaysia yang kini dibimbing Ong Kim Swee, mereka mengakui tidak mempunyai pilihan selain perlu bertarung dengan pasukan handalan Asia Tenggara jika mahu mengulangi pencapaian skuad emas K Rajagobal di Laos sebelum ini.
“Kita tidak boleh memilih pasukan mana kita akan bertemu dan untuk mengekalkan kejuaraan, pasukan negara perlu bersedia dengan semua pasukan. “Memang tugas kita lebih berat selaku juara bertahan, tapi jika Indonesia boleh menyatakan Kumpulan A ini seperti Kumpulan Neraka, mereka juga tahu kekuatan yang kita miliki. Apa yang penting di sini kita hanya perlu memberikan fokus kepada persediaan untuk menghadapi saingan peringkat kumpulan nanti,” katanya yang dihubungi Arena Metro di Hanoi semalam.
Malaysia akan memulakan kempen peringkat kumpulan di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta bertemu Singapura pada 9 November sebelum berdepan Thailand (11 November), Kemboja (15 November) dan Indonesia (17 November) untuk merebut dua tempat terbaik untuk menempah tiket ke separuh akhir.
Saingan Kumpulan B pula akan diadakan di satu lagi venue, Stadium Lebak Bulus di Jakarta.
Pada temasya dwi tahunan di Laos, skuad negara muncul naib juara kumpulan A di belakang Vietnam sebelum menewaskan Laos 3-1 pada separuh akhir dan mencipta sejarah merangkul pingat emas pertama dalam tempoh 20 tahun dengan mengalahkan Vietnam 1-0 di final.
Ketika ditanya adakah mereka mampu mencipta kegemilangan itu dengan halangan awal cukup mencabar ini, Kim Swee menegaskan, misi itu tidak mustahil.
“Setiap kali pemain turun ke gelanggang, mereka akan berusaha mencari kemenangan. Apa yang harus dilakukan pemain agar berusaha lebih keras daripada apa yang kita lakukan dua tahun lalu,” katanya.

HARIAN METRO
No comments:
Post a Comment