Friday, October 21, 2011

Fatimah letih hadapi kemelut

“LETIH,” itu yang disuarakan oleh pelumba 100 meter negara, Siti Fatimah Mohamad dengan kemelut yang tiada berkesudahan membabitkan barisan pelumba 4x100m negara menjelang temasya dwi tahunan, Sukan Sea, Jakarta-Palembang, 11 November ini.
Tambah mengecewakan, atlet itu tidak akan ke Sukan Sea bukan kerana membawa diri namun kecederaan hamstring yang berulang menghalang dirinya kembali beraksi di temasya itu.

Ketika masalah berhubung dengan kontroversi melarikan diri daripada ujian doping masih belum selesai, Siti berharap kes itu diadili dengan sempurna dan secara jujurnya dia sudah malas untuk memikirkan apakah kesudahannya.
“Susah menggambarkan perasaan saya sekarang. Kaki saya ini lebih penting dan perlu menjaganya. Ketika ini rehat adalah keputusan paling tepat biarpun terpaksa melupakan Sukan Sea. “Mengenai keputusan berhubung kes ujian doping itu, saya sudah malas memikirkannya. Siapa yang salah atau yang benar hanya tuhan saja yang tahu,” katanya.

Barisan 4x100m mula bersinar apabila pelari terdiri daripada Norjannah Hafiszah Jamaludin, Nurul Sarah Abdul Kadir, Siti Zubaidah Adabi dan Yee Li Ying berjaya melebur rekod kebangsaan berusia 21 tahun dengan kepantasan 45.33s di Poland, Julai lalu.

Gabungan itu menduduki tempat keempat pada Sukan Sea 2009 di Laos dengan catatan 45.69s.

Namun kuartet itu mula pincang apabila mereka tidak lagi sependapat dan berpecah membawa haluan bermula membabitkan kontroversi selepas enggan memberikan sampel air kencing.




Oleh Aida Adilah Mat
aida@hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment