Monday, December 14, 2009

Yi Ting pakar pecah rekod


YI TING terus mengukir nama sebagai pencatat rekod baru Sukan SEA pada temasya di Laos.


VIENTIANE, Laos - Perenang wanita negara, Siow Yi Ting melebur- kan satu lagi rekod pada Sukan SEA XXV di Pusat Renang, Kompleks Sukan Nasional semalam.

Kali ini, perenang berusia 24 tahun itu meleburkan rekod dalam acara 200 meter kuak dada dengan cata- tan 2 minit 30.35 saat, sekali gus memadamkan rekod lamanya, 2:31.90s yang dilakukannya pada temasya 2001 di Kuala Lumpur.

Pingat perak acara tersebut dimenangi oleh perenang Singapura, Cheryl Lim yang mencatat masa 2:34.73s manakala gangsa milik Thi Hue Pham dari Vietnam dengan 2:35.79s.

Sekalipun telah memecah tiga rekod Sukan SEA dalam tiga acara yang disertainya di Laos, Yi Ting belum mahu mendabik dada, seba- liknya dia berazam melakar satu lagi kejutan apabila beraksi dalam saingan 400m rampaian individu hari ini.

"Saya mahu mencari seberapa banyak pingat emas dan saya mahu sentiasa berfikiran positif sepanjang Sukan SEA Laos berlangsung,

"Selepas mencatat masa yang baik dalam tiga perlumbaan terdahulu, tiada sebab mengapa saya tidak boleh menamatkan cabaran dengan satu lagi keputusan yang baik," ujar Yi Ting ketika ditemui semalam.

Kejayaan meraih tiga pingat emas setakat ini menyaksikan Yi Ting me- ngulangi pencapaiannya pada temasya 2003 di Hanoi, Vietnam apabila dia turut memenangi tiga emas, masing-masing dalam acara 100m dan 200m kuak dada serta 200m rampaian individu.

Sementara itu, skuad renang negara menambah dua lagi pingat perak semalam menerusi Kevin Yeap dalam acara 1,500m gaya bebas lelaki dan kuartet 4x100m rampaian wanita.

Kevin meraih perak selepas mencatat masa 15:51.80s, ketinggalan di belakang perenang Filipina, Ryan Arabejo yang membuat 15:37.75s. Gangsa pula menjadi milik Punyawee Sontana dari Thailand dengan catatan 16:02.21s.

Walaupun gagal menghadiahkan emas, kuartet 4x100m rampaian wanita berjaya memecah rekod kebangsaan dengan catatan 4:13.18s. Catatan tersebut mengatasi rekod lama, 4:19.33s yang dilakukan pada temasya 2007 di Korat, Thailand.

Kuartet Singapura meraih emas dengan catatan 4:10:38s manakala gangsa dimenangi kuartet Thailand yang mencatat masa 4:19:89.

No comments:

Post a Comment