Monday, December 7, 2009

Wanita kita turut lakar sejarah


DUA hari lalu, skuad bola sepak lelaki negara melakar sejarah dengan jumlah jaringan tertinggi, 11-0, ketika membenam Timor Leste. Semalam, pasukan wanita pula memastikan nama mereka turut tercatat dalam buku sejarah temasya Sukan Sea.

Segalanya kerana mereka kecundang 0-14 kepada Thailand dalam aksi pembukaan bola sepak wanita di Stadium Universiti Nasional Laos, petang semalam - jumlah kekalahan ter besar pernah disaksikan sejak acara itu membuat kemunculan sulung di Bangkok, 24 tahun lalu.

Ia mengatasi rekod kekalahan 0-10 yang terpaksa ditanggung Filipina ketika tumpas kepada Vietnam di Korat, dua tahun lalu.

Cuma di awal perlawanan, ada tentangan dijelmakan skuad negara yang berjaya mengikat juara bertahan itu tanpa sebarang jaringan untuk tempoh 15 minit. Malah Malaysia yang juga paling awal menguji kubu lawan menerusi rembatan Zaryatie Zakaria diselamatkan penjaga gol, Waraporn Boonsing pada minit kelima.

No comments:

Post a Comment