individu pada Sukan SEA XXV semalam.
Penembak berusia 19 tahun itu mengumpul 491.1 mata untuk menduduki tempat ketiga keseluruhan.
Pingat emas menjadi milik penembak Singapura, Goh Jia Yi yang membidik 496.2 mata manakala perak diraih atlet Thailand, Chotphibunsin Thanyalak (496.2 mata).
"Ini merupakan penampilan pertama saya pada Sukan SEA dan sudah pasti saya gembira apabila meraih pingat gangsa dalam acara individu.
"Tetapi saya masih merasa terkilan kerana gagal melakukan tembakan terbaik dalam acara berpasu- kan sehingga menyebabkan kami gagal memenangi pingat emas," kata Ayuni ketika ditemui semalam.
Terdahulu, skuad wanita negara terlepas emas apabila hanya berjaya menduduki tempat kedua untuk pingat perak menerusi gandingan Shahera Rahim Raja, Nur Suryani Mohamad Taibi dan Ayuni.
Trio wanita negara itu menamatkan cabaran mereka dengan berkongsi 1,167 mata bersama gandingan Singapura dan Thailand.
Situasi itu menyebabkan pemenang ditentukan menerusi kelebihan melakukan tembakan markah penuh atau X-ring.
Kelebihan melakukan X-ring memihak kepada Thailand yang mengumpul 72 mata manakala trio wanita negara sekadar 63 mata diikuti Singapura (62 mata).
"Memang saya rasa bersalah kerana jika catatan saya baik sedikit pada tembakan terakhir, emas mungkin akan menjadi milik kita.
"Saya mahu meminta maaf kepada rakan sepasukan kerana gagal melakukan tembakan terbaik," kata Ayuni yang mencatat mata paling rendah iaitu 94 pada tembakan terakhirnya.
Sementara itu, Setiausaha Eksekutif Persatuan Menembak Kebangsaan (NSAM), Mejar Jasni Shaari tetap gembira dengan pencapaian penembak negara dan menyifatkan pingat yang diraih semalam sebagai permulaan yang baik buat skuad menembak pada temasya kali ini.
"Pingat perak yang diraih trio wanita negara tetap membanggakan kerana kita berjaya mempertahankan perak yang dimenangi dalam acara yang sama pada Sukan SEA di Korat dua tahun lalu," jelas Jasni. KOSMO
No comments:
Post a Comment