MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) mungkin membuat garis panduan baru menetapkan persatuan yang ingin menghantar atlit mereka beraksi bawah kategori B (pembiayaan sendiri) harus memastikan wakil masing-masing memiliki standard tertentu.
Langkah itu adalah mengelak nasib dialami skuad bola sepak wanita yang sudah melepaskan 22 gol dalam dua perlawanan pertama mereka apabila dibelasah Thailand 14-0 dan kemudian diaibkan Vietnam 8-0.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung MOM, Datuk Sieh Kok Chi tetap mempertahankan mengenai pemilihan atlit bawah kategori B dan tidak akan menghapuskannya untuk temasya yang akan datang.
“Mungkin MOM akan memantau lebih teliti atlit ke Sukan Sea bawah kategori B dengan persatuan perlu memastikan atlit atau pasukan mereka mempunyai standard dan prestasi tertentu,” katanya, semalam. “Kita masih memerlukan kategori B kerana ia memberi peluang kepada atlit bertanding dalam sukan bertemasya.
Mengenai bola sepak wanita, dia berkata MOM membenarkan mereka beraksi di Sukan Sea kerana mereka tiada kejohanan lain tetapi berpandu kepada keaiban di Vientiane, mungkin peluang mereka beraksi dalam kejohanan antarabangsa selepas ini dianggap sudah tertutup.
Kok Chi turut menyoal tindakan Singapura enggan menganjurkan Sukan Sea apabila tiba giliran berbuat demikian pada 2013 selepas Indonesia, sedangkan negara itu setakat ini hanya menjadi tuan rumah kepada tiga temasya saja.BHARIAN
No comments:
Post a Comment