PERSEMBAHAN kebudayaan Laos turut hiasi upacara perasmian, malam tadi. |
Karate, taekwondo, menembak jadi tumpuan hari ini untuk lonjak pungutan pingat
SELEPAS hanya mendapat satu gangsa melalui taekwondo acara poomsae semalam, Malaysia kini mengharapkan pingat emas pertamanya akan muncul hari ini pada hari kedua temasya dengan tiga sukan - karate-do, menembak dan taekwondo, bersaing mendapat penghargaan itu.
Biarpun ramai atlit negara terbabit dalam acara lain, skuad karate-do, menembak dan taekwondo diharap membuka langkah emas kerana acara mereka diadakan pada sebelah pagi, manakala acara akhir renang serta angkat berat pula hanya dilangsungkan di sebelah petang.
Harapan emas pertama kelihatan menjadi persaingan antara atlit kata pasukan karate-do lelaki dan wanita yang akan bersaing merebut empat emas yang ditawarkan, dengan harapan Malaysia sekali lagi disandarkan kepada Lim Lee Lee dalam individu kata wanita.
Lee Lee adalah pemenang pingat emas di Korat selain meraih perak bersama gandingan Thoe Ai Poh dan Chin Fang Yin dalam acara berpasukan.
Bagi kategori lelaki pula, Malaysia juga mengungguli acara ini di Korat melalui Koo Jin Keat dalam acara individu tetapi dengan atlit ini sudah tidak beraksi, harapan kini digalas Tan Chee Seng.
JAGUH terjun, Yeoh Ken Nee mendahului kontinjen negara sambil membawa Jalur Gemilang pada upacara perasmian di Kompleks Sukan Nasional, Laos, malam tadi. |
Menembak turut berpeluang untuk memintas karate-do selaku penyumbang emas pertama apabila trio standard pistol lelaki dan air raifal lelaki dan wanita, turun di lapang sasar Kompleks Sukan Nasional, Vientiane.
Tetapi harapan lebih kepada gandingan Nur Ayuni Farhana Abdul Halim (gambar), Nur Suryani Mohd Taibi dan Shahera Rahim Raja serta Mohd Hadafi Jaafar, Mohd Nurrahimin Abd Halim dan Mohd Zubair Mohd untuk menyumbang pingat emas.
Seandainya karate-do dan menembak gagal menepati ramalan, maka harapan negara beralih kepada perenang wanita senior, Siow Yi Ting dalam acara 200m kuak lentang.BHARIAN
No comments:
Post a Comment