Tuesday, December 15, 2009

Indonesia pula tertekan: Zol



PEMAIN wanita negara merai detik bersejarah selepas muncul juara berpasukan, kelmarin.

GEMILANG ciptaan skuad badminton negara, kelmarin, menjelmakan kembali impian sekian lama dimiliki Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong, untuk menamatkan dominasi Indonesia di temasya serantau itu sejak sekian lama.

“Selama ini, Indonesia menguasai majoriti pingat emas acara ini. Selepas menang emas berpasukan wanita, kita kini punya peluang untuk memenangi tiga lagi emas. Jika berjaya, ia adalah majoriti daripada tujuh emas yang dipertandingkan," katanya.

Malah Zolkples membayangkan kemungkinan betapa Indonesia harus gelisah, ketika keampuhan cabaran mereka ketika ini hanyalah acara perseorangan dan beregu lelaki.

"Kita ada peluang baik dalam acara perseorangan dan beregu wanita selain Koo Kien Keat-Wong Pei Tty yang juga boleh diharapkan dalam acara beregu campuran.

“Malah acara itu juga tidak mudah untuk Indonesia kerana Thailand juga mempunyai beregu campuran yang handal," katanya.

Zolkples - pernah menjawat jawatan selaku Setiausaha Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum ini - turut pergi lebih jauh dengan meluahkan pendapat betapa seharusnya, Indonesia tidak juga pasti memenangi pingat emas berpasukan lelaki, kelmarin.

Zolkples Embong

"Kalaulah (Lee) Chong Wei ada dalam pasukan, emas berpasukan lelaki juga mungkin jadi milik kita. Jadi, sebelum bermula acara individu, kita mungkin sudah ada dua emas dengan bantuannya untuk meraih satu mata," katanya.

BHARIAN

No comments:

Post a Comment