Friday, December 11, 2009

Hanya dua emas hari pertama


MALAYSIA melakukan permulaan perlahan apabila sekadar meraih dua emas daripada 30 yang ditawarkan semalam dengan atlit taekwondo, Che Chew Chan dan perenang, Siow Yi Ting menyelamatkan Jalur Gemilang daripada ditenggelamkan pada hari kedua pertandingan.


Ia bukan permulaan yang dicari kontinjen negara apabila beberapa sukan yang diharap mampu menyumbang seperti karate-do dan menembak, tidak berhasil.

Memang kita jangkakan dapat meraih lebih daripada dua emas," kata chef-de-mission Datuk Dr Ramlan Aziz. "Ia bukanlah mengecewakan kerana saya pasti atlit kita sudah mencuba bersungguh-sungguh untuk menyumbang emas.

"Jika kita lihat ada beberapa acara yang terlepas daripada meraih pingat seperti menembak di mana kita hanya kalah dalam kiraan semula dan juga karate-do, yang kita mengharapkan lebih banyak sumbangan.

"Tetapi ia masih lagi di peringkat awal dan bukan sesuatu yang merisaukan dan saya pasti atlit negara akan bangkit dengan persembahan lebih baik esok (hari ini)," katanya.

Chew Chan memenangi emas dalam acara middleweight manakala Yi Ting dalam 200 meter rampaian individu dengan turut melakarkan rekod Sukan Sea dan rekod kebangsaan.

Dengan kedudukan keenam dalam pungutan pingat keseluruhan daripada 11 negara yang mengambil bahagia, kontinjen negara diharapkan mampu bangkit hari ini.

Sebanyak 34 emas ditawarkan hari ini, dan Malaysia mengharapan kolam renang akan sekali lagi menyelamatkan maruah negara apabila Bryan Nickson Lomas dalam 10m platform dan Leong Mun Yee dan Cheong Jun Hong dalam 3m papan anjal akan dapat meraih emas.

Begitu juga dalam renang yang menawarkan enam emas dan karate-do, yang mahu menebus kehampaan semalam melalui acara kumite, dengan enam emas menjadi pertaruhan. BHARIAN

No comments:

Post a Comment