Monday, December 14, 2009

Badminton lelaki raih perak


VIENTIANE - Ketiadaan Datuk Lee Chong Wei agak dirasai skuad badminton lelaki negara.

Buktinya, tanpa kelibat pemain No. 1 dunia itu, Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak apabila tewas 1-3 kepada Indo- nesia dalam pertarungan final acara berpasukan lelaki temasya Sukan SEA XXV di Gimnasium 1, Kompleks Sukan Nasional semalam.

Hakikat itu diakui ketua jurulatih skuad badminton negara, Rashid Sidek yang me- nganggap kehadiran Chong Wei mungkin mampu mengimbangi kekuatan pasukan Indonesia.

Chong Wei terpaksa menarik diri daripada menyertai skuad negara ke Laos ekoran kecederaan lutut.

"Kalau ada Chong Wei, skuad kita mungkin kuat sedikit. Asalnya, Chong Wei akan bermain dalam acara perseorangan pertama tetapi disebabkan kecederaan yang dialami- nya, kita terpaksa melupakan khidmatnya pada Sukan SEA kali ini.

"Saya akui skuad lelaki negara agak terjejas tanpa Chong Wei tetapi saya tidak salahkan sesiapa ekoran kekalahan ini.

"Ini acara berpasukan, jadi semua pemain yang beraksi sudah pasti mahu memburu mata," kata Rashid ketika ditemui semalam.

Menurutnya, beliau sudah menjangkakan agak sukar bagi anak-anak buahnya melakar kemenangan ke atas Indonesia yang tampil selaku juara bertahan.

"Memang dari awal lagi, saya tidak mahu meletakkan harapan yang terlalu tinggi dalam acara berpasukan lelaki.

"Bagaimanapun, secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan permainan yang di- tunjukkan barisan pemain perseorangan negara hari ini (semalam)," katanya.

Muhd. Hafiz Hashim yang tampil selaku perseorangan pertama negara gagal menghadiahkan mata sulung apabila tewas 20-22, 21-14, 12-21 kepada jaguh Indonesia, Sony Dwi Kuncoro.

Bagaimanapun, kem badminton negara kembali ceria apabila beregu No. 1 dunia, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menjinakkan gandingan Indonesia, Markis Kido-Hendra Setia- wan dalam pertarungan tiga set 19-21, 22-20, 21-10.

Malaysia kembali ketinggalan apabila Kuan Beng Hong yang menyertai skuad negara pada saat-saat akhir bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Chong Wei, tewas 18-21, 13-21 kepada pemain muda Indonesia, Simon Santoso.

Indonesia mengesahkan emas menjadi milik mereka apabila gandingan 'bidan terjun', Nova Widianto-Mohd. Ahsan membenam gandingan negara, Mohd. Zakry Abdul Latif- Mohd. Fairuzizuan Tazari 21-18, 20-17.

No comments:

Post a Comment