Wednesday, November 11, 2009

Skuad tinju berlatih di Thailand



EDDY (kiri) dan Paunandes (tengah) akan mengetuai cabaran Malaysia pada Sukan SEA 2009 di Laos bulan depan.


THAILAND menjadi destinasi petinju negara mempersiapkan diri bagi menghadapi Sukan SEA 2009 di Laos bulan depan.

Mereka akan menjalani latihan intensif selama 28 hari di negara berkenaan sebelum memulakan misi memburu satu pingat emas di Laos.

Eddy Kalai mengetuai pelatih lain yang ter- diri daripada Paunandes Paulus, Mohd. Far- han Harun dan Mohd. Ali Abd. Karim.

Dua petinju pelapis, Mohd. Fuad Redzuan dan Mohd. Fairuz Azwan Abdullah sudah berada di Thailand sejak 29 Oktober lalu.

Setiausaha Persekutuan Tinju Amatur Malaysia, Mejar (B) Maulud Othman berkata, petinju negara akan mengadakan sparring dengan petinju kelab di 12 tempat seluruh Thailand termasuk Haadyai, Suratani dan Bonanza di Bangkok.

"Mereka mula menjalani latihan dengan petinju kelab di Haadyai dan latihan terakhir di Bonanza, Bangkok dengan petinju nasional Thailand," katanya kepada Kosmo! semalam.

Maulud berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada jurulatih elit, Ramli Yahya bahawa semua petinju berada dalam keadaan terbaik serta tidak menghadapi sebarang kecederaan.

Ditanya mengenai sasaran di Laos, beliau menjelaskan: "Satu pingat emas menjadi idaman."

Sementara itu, pihaknya juga akan memantau kecederaan dialami petinju negara, B. Perabagaran sebelum membawanya ke Laos bulan depan.

Menurutnya, Perabagaran masih berpeluang ke Laos kerana namanya berada dalam senarai.

"Kami akan melihat semula tahap kecede- raannya dan kalau sihat kami akan membawa- nya ke Laos.

"Dia adalah petinju simpanan kami yang sepatutnya turut bertolak ke Laos pada 8 Disember depan," katanya.

Perabagaran, 21, yang bertugas sebagai juru- latih jasmani di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak mengalami kecederaan selepas dibelasah kira-kira 20 lelaki yang tidak dikenali ketika sedang makan bersama empat pelatih lain di sebuah gerai makan berhampiran Pusat Latihan Tinju Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada 28 Oktober lalu.

Insiden itu berlaku selang beberapa jam sebelum dia bersama lapan petinju dan dua jurulatih dijadualkan terbang ke Haadyai, Thailand untuk menjalani latihan intensif pada 28 Oktober lalu.

Maulud berkata, kejadian tersebut di luar kawalan persatuan kerana ia berlaku selepas waktu latihan dan di luar kawasan pusat latihan. KOSMO

No comments:

Post a Comment