Wednesday, October 21, 2009

Razali kembali dalam senarai skuad negara


RAZALI (kanan) kembali mendapat kepercayaan Rajagobal untuk menyertai sesi pemilihan skuad negara bagi menghadapi Sukan SEA di Laos, Disember depan.


AYAM tambatan Perak, Razali Umar Kandasamy kini berpeluang untuk membarisi skuad bola sepak negara.

Penyerang sensasi Perak itu kembali dipanggil jurulatih K. Rajagobal untuk menjalani lati- han bersama skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos, Disember depan.

Razali bersama 11 pemain lain antara kelompok awal memula- kan sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam setelah pasukan kelab atau negeri yang mereka wakili sudah terkeluar daripada saingan suku akhir Piala Malaysia.

Sebelas pemain lain itu terdiri daripada Bunyamin Umar, Azmi Muslim, Norsharul Idlan Talaha, Syed Adney Syed Hussein (UPB-MyTeam), Mat Sabree Abu, Badrol Bakhtiar (Kedah) serta Mahali Jasuli, Ahmad Shakir Md. Ali, K. Guru- samy, Muslim Ahmad, Faizal Muhamad (Harimau Muda).

Menurut Rajagobal, jumlah pelatihnya itu bakal bertambah pada minggu depan apabila empat lagi pasukan akan menamatkan saingan selepas berakhirnya suku akhir kedua Piala Malaysia pada Sabtu ini.

"Selepas bertemu Lesotho pada 11 September lalu, pemain- pemain B-23 ini telah kembali ke kelab atau negeri masing- masing dan baru hari ini (semalam) saya dapat mengumpul mereka semula. Itu pun baru 12 pemain.

"Saya tidak boleh tunggu sehingga tamat Piala Malaysia, baru hendak kumpul kesemua mereka kerana masa sudah suntuk.

"Lagipun jika mereka yang pasukannya sudah tersingkir ini tidak dipanggil awal, tahap kecergasan pemain-pemain ini akan menurun.

"Jadi lebih baik saya panggil mana yang ada terlebih dahulu. Boleh juga saya beri perhatian lebih dan latihan secara spesifik kepada 12 pemain ini.

"Dari situ kita dapat memperbaiki kekurangan individu yang ada pada mereka," kata- nya ketika ditemui Kosmo! di Wisma FAM semalam.

Ditanya mengapa Razali dipanggil semula selepas dia diketepikan dalam beberapa siri latihan dan perlawanan persahabatan skuad B-23 negara sebelum ini, Rajagobal berkata, ia dibuat berdasarkan prestasi semasa yang dipamerkan penyerang Perak itu.

"Kita sentiasa mengikuti perkembangan pemain-pemain. Jika dia pamerkan aksi cemerlang, kita akan panggil semula mereka.

"Tetapi apabila kita sudah beri peluang, harap dia dapat menggunakan peluang itu sepe- nuhnya," jelas Rajagobal.

No comments:

Post a Comment