
Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
BARANGKALI Pandelela Rinong tiada pilihan lain melainkan perlu bertindak pantas menguasai acara kegemarannya, 10m platform individu bagi menebus kembali kegagalannya meraih emas ketika Kejohanan Peringkat Umur Asia di Jepun, minggu lalu, apabila acara itu dipertandingkan di Sukan Sea Laos, Disember ini.
Begitupun, dengan tempoh tinggal kira-kira empat bulan, agak merisaukan apabila persembahan penerjun kelahiran Sarawak itu dilihat masih lagi sedikit goyah sehingga boleh menjejaskan peluangnya untuk menggenggam emas, seperti yang berlaku di Jepun.
Daripada sembilan terjunan keseluruhan itu, dia melalui detik mengecewakan, terutama ketika terjunan kelima yang memadamkan impiannya untuk meraih emas dalam acara disertainya sejak dua tahun lalu.
“Permulaan saya memang menarik tapi, sebaik tiba terjunan kelima, saya melakukan kesilapan secara tidak diduga. Akibat daripada situlah, pungutan mata saya berkurang dan saya terus ketinggalan kepada penerjun tuan rumah.
No comments:
Post a Comment