Saturday, June 20, 2009

Gandingkan jurulatih Malaysia, Thailand


SKUAD Thailand dan Indonesia semakin dilihat mula mengorak langkah meninggalkan kuasa besar sepak takraw pada masa kini.

UTUSAN: Apa punca kekalahan teruk Malaysia baru-baru ini sehingga kalah kepada Vietnam dan Indonesia dalam acara beregu dan berpasukan lelaki?

HALIM: Jangan sesekali kita menuding jari menyalahkan mana-mana pihak. Tentu sekali semua orang gembira jika pasukan Malaysia berjaya kecuali ada pihak yang sentiasa tidak mahu menerima hakikat ada lawan yang lebih baik dari kita.

Saya tertarik dengan sikap dan tindakan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail sejurus selesai kejohanan itu apabila beliau memanggil semua anggota pasukan Malaysia dan berbincang selain memberikan perangsang. Beliau sanggup meninggalkan tempat duduk VIP sekali gus membuktikan keprihatinannya kepada pemain dan jurulatih Malaysia.

Ada yang kata jurulatih yang perlu dipertanggungjawabkan tetapi harus diingat, Haris Abdul Rahman pernah membawa pulang beberapa pingat emas Sukan SEA dan Asia serta Piala Raja Thai. Dia juga pernah melatih Singapura dan Korea Selatan, dia bukan calang-calang orang tetapi kena ingat 'air laut tidak sentiasa pasang (pasti akan ada surutnya)'.

No comments:

Post a Comment