Setiausaha Kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi berkata kebanyakan atlet senior masih bertaraf amatur dan belum mencapai tahap profesional menyebabkan mereka tidak mempunyai peluang bertanding dalam kejohanan yang memerlukan mereka layak secara merit seperti Sukan Asia dan Sukan Olimpik.
"Jadi atlet senior dihantar ke Sukan SEA dan bukannya atlet-atlet pelapis," katanya.
Selain itu, beberapa jenis sukan seperti pencak silat dan polo air juga tidak mempunyai jadual kejohanan yang banyak dan lengkap menyebabkan atlet tidak mempunyai medan yang sesuai untuk memperbaiki tahap permainan mereka.
"Kita sudah ada platform untuk kenalpasti bakat-bakat baru melalui Sukan Malaysia (SUKMA) yang kita boleh ketengahkan di peringkat antarabangsa kalau mereka betul-betul bagus," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sieh mengulas kritikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berikutan Sieh menentang cadangan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menghantar atlet pelapis bertanding pada Sukan SEA Laos bagi memberikan lebih pendedahan kepada atlet pelapis.
Dalam kenyataan tersebut, Ismail Sabri juga menyelar tindakan Sieh yang disifatkan tidak menjalankan peranan berhubung keputusan tuan rumah untuk tidak menyenaraikan skuasy dan boling, dua acara yang boleh menyumbang pingat emas kepada negara.
Berkaitan perkara itu, Sieh berkata MOM telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak negara tuan rumah dan mendapati negara terbabit kurang kemudahan sukan itu memandangkan ini adalah kali pertama negara tersebut menganjurkan temasya sukan seperti itu.
"Dengan kemampuan kewangan mereka, 25 jenis sukan yang dipertandingkan saya rasa sudah cukup adil untuk semua negara yang menyertai," katanya.
Katanya disebabkan Laos mempunyai kemampuan kewangan yang terhad, pihak MOM tidak mahu mendesak negara terbabit supaya menyenaraikan beberapa sukan lain untuk dimasukkan dalam jadual kejohanan.
Bagaimanapun, katanya keputusan berkaitan perkara tersebut masih belum dimuktamadkan.
-- BERNAMA
Wednesday, January 7, 2009
Penjelasan Kok Chi Terhadap Kritikan Ismail Sabri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment