JACK Chang (kiri) rangkul emas manakala Shin Yii sambar gangsa.
Selepas dua hari penuh debaran, lagu Negaraku akhirnya berkumandang di venue acara wusyu apabila Loh Jack Chang menghasilkan emas menerusi acara taijiquan lelaki di Pusat Ekspo Singapura, semalam.
Turut sama cemerlang trio barehand wanita yang di wakili Audrey Chan Yee Jo, Chan Yu Li dan Anggie Chia Ruey Shin.
Trio negara itu mengumpul 9.65 mata untuk menewaskan peserta Myanmar (9.58) dan Laos (9.57).
Kemenangan Jack Chang itu emas pertama negara dalam acara wusyu apabila dia mengumpul 9.71 mata.
Perak milik peserta Singapura Samuel Tan Wei Han yang mengumpul 9.69 mata manakala Kuniawan Julias Yoga dari Indonesia gangsa, 9.67.
“Saya gembira dengan kemenangan ini dan menganggapnya sebagai kejayaan bermakna, tambahan pula sudah lama saya tidak meraih emas selepas kali terakhir berbuat demikian di Laos.
“Memang saya sedikit tertekan, apatah lagi kami belum memenangi sebarang emas. Bagaimanapun, saya berjaya mengatasi perasaan itu dan menumpukan sepenuh perhatian kepada persembahan,” katanya.
Emas itu pingat kedua Jack Chang selepas dia menghadiahkan perak acara taijijian lelaki, kelmarin.
Ketika temasya di Myanmar dua tahun lalu, wushu menyumbang tiga emas, lima perak dan enam gangsa.
Sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment