Wednesday, June 17, 2015

Wei Feng akhiri kemarau 14 tahun


WEI FENG (kanan) menewaskan Arif untuk merangkul pingat emas dalam acara badminton perseorangan lelaki di Stadium Tertutup Singapura semalam.


SINGAPURA – Pemain badminton negara, Chong Wei Feng berjaya mengubat kekecewaannya setelah tidak disenaraikan ke Kejohanan Dunia di Indonesia, Ogos depan apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara perseorangan lelaki Sukan SEA semalam.

Wei Feng tidak berdepan masalah besar untuk menumbangkan Mohamad Arif Abdul Latif dengan 21-8, 21-9 dalam tempoh 29 minit pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura walaupun pada awalnya dijangka sengit.

Kemenangan Wei Feng itu juga menamatkan kemarau hampir 14 tahun acara tersebut yang gagal dimenangi oleh pemain negara sebelum ini apabila kali terakhir dimenangi oleh Roslin Hashim pada Sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur.

Menurutnya, kejayaan tersebut cukup bermakna kerana ia membuktikan kepada semua pihak yang meragui kemam–puannya sebelum ini selain membalas kegagalannya pada aksi di Myanmar dua tahun lalu apabila terkandas seawal pusingan pertama.

“Beberapa bulan lepas, isu Kejohanan Dunia membuatkan saya agak tertekan. Kemena–ngan ini sangat bermakna kerana ia membuktikan kemampuan saya walaupun sebelum ini dilanda kecederaan.

“Hari ini (semalam) juga saya fikir Arif tidak beraksi dengan baik, itu bukan tahap permainan sebenarnya. Dia banyak membuat kesilapan. Saya sebenarnya tidak memikirkan soal pingat emas, saya turun ke gelanggang dengan harapan untuk memberikan yang terbaik tetapi kemenangan ini juga cukup bererti untuk negara,” katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, Arif mendakwa permainannya agak terjejas ekoran masalah angin daripada penghawa dingin di stadium tersebut yang terlalu kuat menyebabkannya tidak dapat membaca pergerakan bulu tangkis dengan tepat dan menjejaskan rentak permainannya.

“Wei Feng juga bermain de–ngan baik, dia mengawal gelanggang dan permainan dengan sempurna menyebabkan saya tidak mampu mengimbanginya.

“Apa pun, saya berpuas hati dengan pingat perak kerana sebelum ini saya hanya sasarkan peringkat separuh akhir dan mara ke peringkat akhir ini me–rupakan satu bonus.

“Selepas ini saya akan fokus untuk kejohanan seterusnya iaitu Terbuka Rusia di Kazan, Sukan Universiti Dunia di Korea Selatan dan matlamat saya untuk meraih sebanyak mata yang boleh untuk layak ke Sukan Olimpik,” ujarnya.

Sumber: KOSMO

No comments:

Post a Comment