Wednesday, June 17, 2015

Pencapaian cemerlang


KONTINJEN Malaysia berarak masuk pada majlis penutup Sukan SEA Singapura 2015 di Stadium Nasional Singapura, Kallang malam tadi.

TAHNIAH buat kontinjen Malaysia yang menamatkan cabaran dengan cemerlang pada Sukan SEA 2015 di Singapura yang melabuh tirai secara rasmi malam tadi.

Kontinjen negara melepasi sasaran pingat sebanyak 56 peratus atau 184 pingat keseluruhan dengan merangkul 186 pingat menerusi 62 emas, 58 perak dan 66 gangsa.

Perjuangan atlet negara tidak berakhir di Singapura, sebaliknya mereka bakal menggalas cabaran lebih besar dua tahun lagi apabila Malaysia menjadi tuan rumah dengan sasaran yang ditetapkan iaitu muncul juara keseluruhan.

Dalam pada itu, acara penutup

di Stadium Nasional Singapura, Kallang berlangsung dengan penuh meriah serta warna-warni dan pengisytiharan penutup temasya yang disempurnakan Presiden Singapura, Dr. Tony Tan Keng Yam menandakan berakhirnya Sukan SEA edisi ke-28 di negara tersebut.

Serentak itu, upacara penyerahan bendera Sukan SEA oleh Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar kepada wakil tuan rumah seterusnya, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Penyerahan bendera itu sebagai simbolik penganjuran Sukan SEA edisi ke-29 yang akan dihoskan oleh Malaysia.

Sumber: KOSMO

No comments:

Post a Comment