Saturday, June 6, 2015

V Shem alih fokus 
ke Sukan SEA

GOH V SHEM mahu melupakan segera kekecewaannya dalam Terbuka Indonesia
GOH V SHEM mahu melupakan segera kekecewaannya dalam Terbuka Indonesia untuk memastikan fokusnya semasa Sukan SEA berlangsung tidak terjejas.

KUALA LUMPUR – Pemain beregu utama negara Goh V Shem mahu segera melupakan kekecewaan di Jakarta selepas terkandas dalam pusingan kedua Siri Super Premier Terbuka Indonesia untuk segera mengalihkan fokus kepada pemburuan pingat Sukan SEA 2015.

Dalam aksi yang berlangsung di Istora Senayan kelmarin V Shem bersama pasangannya Tan Wee Kiong gagal melangkah ke suku akhir kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah AS$800,000 (RM2.97 juta) itu selepas tewas kepada pasangan China, Fu Haifeng-Zhang Nan 14-21, 15-21.

Pemenang pingat emas Sukan Komanwel Glasgow itu memberitahu, fokus kini terarah kepada mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) iaitu melangkah ke pentas final di Singapura.

“Keputusan yang sudah lepas itu kita tidak boleh buat apa-apa lagi.

“Kami mengaku gagal beraksi dengan baik terutama ketika tewas kepada gandingan China (Fu Haifeng-Zhang Nan) di Indonesia.

“Selepas ini, kami hanya mahu fokus kepada saingan Sukan SEA. Malah saya sendiri berharap kami dapat bermain dengan baik di Singapura,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, jurulatih beregu lelaki negara, Jeremy Gan mengakui agak kecewa dengan persembahan anak-anak buahnya yang memberikan mata mudah kepada pasangan lawan.

Jeremy menjangkakan anak-anak buahnya itu akan bermain dengan baik tetapi mereka ternya­ta gagal berbuat demikian sekali gus melenyapkan impian untuk mara ke suku akhir.

Sumber: UTUSAN

No comments:

Post a Comment