Tuesday, June 9, 2015

Skuad hoki lelaki Malaysia kalahkan Singapura 4-1

SINGAPURA, 8 Jun (Bernama) -- Skuad hoki lelaki negara menepati ramalan apabila meraih kemenangan kedua menewaskan Singapura 4-1 pada perlawanan pusingan awal Sukan SEA ke-28 yang berlangsung di Stadium Hoki Sengkang hari ini.

Skuad negara, bagaimanapun tersentak dengan jaringan pertama tuan rumah oleh Sabri Yuhari yang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit kelapan, namun Muhammad Sufi Ismat Rohulamin berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan padang pada minit ke-28.

Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi meletakkan Malaysia di hadapan apabila menjaringkan gol kedua menerusi gol padang pada minit ke-35 dan keputusan itu kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Nik Muhammad Aiman menyumbat gol ketiga menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-39 sebelum Muhamad Amiinudin Mohd Zain mengesahkan kemenangan selesa pasukan negara hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-57.

Pada perlawanan pertama sebelum ini, skuad negara yang merupakan juara bertahan menewaskan Thailand 3-0. Malaysia akan berdepan Myanmar pada Khamis ini, bagi aksi terakhir pusingan awal.




 -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment