Tuesday, June 2, 2015

"Selamat Berjaya Atlet Sukan Sea"


KUALA LUMPUR 2 Jun  - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat berjaya kepada semua atlet dan wakil negara yang menyertai temasya Sukan Sea di Singapura yang bermula secara rasmi Jumaat ini.

"Selamat berjaya kepada semua atlet dan wakil negara di Sukan Sea. Make us proud! #SayaTeamMalaysia #SukanSea2015," katanya dalam catatan terbaharu di laman Twitter dan Facebook beliau, hari ini.

Kontinjen Malaysia terdiri daripada 658 atlet dan 206 pegawai akan menyertai 35 daripada 36 acara sukan yang dipertandingkan.

Singapura menjadi tuan rumah Sukan Sea ke-28 dari 5 hingga 16 Jun ini.


- Bernama

No comments:

Post a Comment