Saturday, June 13, 2015

Pingat emas untuk ibu

NUR AYUNI menafikan dakwaan tak cukup tidur ekoran kegagalannya
NUR AYUNI menafikan dakwaan tak cukup tidur ekoran kegagalannya melayakkan diri ke pusingan akhir acara 10m raifal individu wanita pada Sukan Asia 2014 di Incheon Korea Selatan semalam

SINGAPURA - Tiada yang lebih istimewa selain dapat mengembirakan insan tersayang dan itulah yang dilakukan Nur Ayuni Farhana Abdul Halim yang menghadiahkan pingat emas Sukan SEA pertamanya kepada ibunya Khatijah Ismail, di Pusat Menembak Kebangsaan Singapura semalam.

Nur Ayuni meraih pingat emas dalam acara 50 meter Rifle Tiga Posisi selepas mengumpul 446.7 mata, mengetepikan cabaran Supamas Wankaew dari Thailand (442.9 mata) yang menduduki tempat kedua manakala seorang lagi penembak negara Nur Suryani Mohamed Taibi (433.5 mata) meraih gangsa.

Menurut Nur Ayuni, Selasa lalu adalah hari ulang tahun kelahiran ibunya yang ke-53 dan dia bertekad untuk menggembirakan hati ibunya dengan kejayaan meraih pingat emas dalam acara itu.

“Saya dapat mengawal segala tekanan dengan baik kerana saya memberikan lebih fokus kepada acara ini, malah sebelum beraksi saya ada menghantar mesej kepada ibu memohon doa dan restunya.

“Emak saya banyak memberikan sokongan kepada karier saya, malah dia sebelum ini turut menyatakan hasrat untuk melihat pingat emas mampu diraih dan alhamdulillah rezeki berpihak kepada saya,” katanya selepas tamat saingan akhir acara tersebut.

Ini adalah pencapaian terbaik Nur Ayuni, yang gagal meraih pingat emas sepanjang tiga penyertaanya dalam Sukan SEA lalu dan hanya mampu meraih gangsa ketika Sukan SEA 2011 di Palembang, Indonesia.

Di Singapura, atlet dari Pahang itu juga telah memenangi tiga pingat perak menerusi acara berpasukan 10m Air Rifle, 50m Rifle Tiga Posisi berpasukan, 50m Rifle Prone berpasukan dan satu gangsa 10m Air Rifle individu. 

Sumber – UTUSAN

No comments:

Post a Comment