Monday, June 8, 2015

Penerjun kita terbaik


MUN YEE (kanan) dan Traisy juga tampil dalam kelas tersendiri semalam apabila meraih emas dalam acara 10m platform seirama wanita.

SINGAPURA – Pusat Akuatik OCBC terus ditawan atlet terjun negara apabila meraih dua lagi pingat emas menerusi acara yang mereka sertai semalam.

Hari gemilang itu bermula dengan kejayaan Ooi Tze Liang yang mempamerkan kehebatan dalam acara 3 meter papan anjal individu lelaki apabila menggenggam emas dengan kutipan 473.55 mata dalam acara kegemarannya.

Ia merupakan emas peribadi kedua diraih oleh Tze Liang selepas muncul juara acara 10m platform seirama di venue yang sama kelmarin.

Pada aksi semalam, Tze Liang mening­galkan dua pencabar utamanya, Ahmad Sukran Jamjani dari Indonesia yang hanya meraih 381.00 mata untuk menjulang perak dan penerjun tuan rumah, Mark Lee Han Ming yang mengutip gangsa dengan pungutan 349.25 mata.

Bagaimanapun, seorang lagi penerjun negara, Muhammad Syafiq Puteh gagal mengikut jejak Tze Liang apabila sekadar berpuas hati di tempat keenam selepas hanya mengutip 336.15 mata daripada lapan atlet yang bertanding.

Dua jam selepas kejayaan Tze Liang, skuad terjun sekali lagi menuai emas melalui acara 10m platform wanita seirama yang digalas oleh gandi­ngan Leong Mun Yee dan Traisy Vivien Tukiet.

Pasangan negara itu mengutip 306.66 mata, meninggalkan pesaing mereka di tempat kedua dari Singapura yang me­ngutip 238.59 mata serta gandingan Thailand yang meraih gangsa dengan kutipan 222.12 mata.

Traisy yang ditemui berkata, beliau gembira dengan kejayaan tersebut kerana ia merupakan emas peribadi ketiga yang dimenanginya dalam tiga penampilan pada Sukan SEA sejak 2009 di Laos.

Menurutnya, dia hanya sempat menjalani latihan bersama Mun Yee selama tiga hari sebelum pertandingan ekoran ja­dual yang ketat dihadapi pasangannya itu yang terpaksa beraksi pada Kejohanan Terjun Siri Dunia di Mexico baru-baru ini.

“Pada peringkat awal saya sedikit gementar kerana keserasian antara kami tidak begitu kukuh. Mun Yee pula adalah atlet senior dan saya juga sedar saya sering melakukan kesilapan.

“Namun, selepas terjunan keempat saya mula mendapat keyakinan dan percaya dengan kemampuan sendiri untuk terus melakukan persembahan terbaik bagi meraih pingat emas buat negara. Kami berpuas hati dengan keputusan ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Skuad terjun negara akan turun memburu dua lagi emas hari ini melalui acara 3m papan anjal wa­nita seirama dengan mempertaruhkan gandingan Nur Dhabitah Sabri dan Ng Yan Yee serta acara 10m platform lelaki individu melalui Ooi Tze Liang dan Chew Yi Wei.

Sumber: KOSMO

1 comment:

  1. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga KLIK=>>> PENARIKAN DANA GAIB

    ReplyDelete