Friday, June 12, 2015

Malaysia raih emas berganda boling berpasukan lelaki, wanita

SINGAPURA 12 Jun - Pemain boling negara meneruskan kecemerlangan mereka pada Sukan SEA 2015 apabila merangkul kejuaraan berganda dalam acara berpasukan lelaki dan wanita di sini, sebentar tadi.

Pasukan lelaki yang dianggotai oleh Alex Liew, Adrian Ang, Muhammad Rafiq Ismail, Ahmad Muaz Fishol dan Timmy Tan mengumpul 6,238 jatuhan pin untuk mengatasi sengit Indonesia (6,066), manakala Thailand meraih gangsa menerusi 5,852 pin.

Dalam saingan wanita, Natasha Roslan, Shalin Zulkifli, Esther Cheah, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Sin Li Jane menjatuhkan 6,067 pin untuk mengetepikan saingan sengit pasukan tuan rumah, Singapura yang terpaksa berpuas hati meraih perak menerusi 6,013 jatuhan pin.

Gangsa milik Filipina dengan 5,776 pin.

Ini adalah emas kelima diraih boling dalam Sukan SEA kali ini selepas muncul juara individu lelaki menerusi Rafiq, diikuti beregu wanita (Esther-Li Jane) serta trio lelaki yang dibarisi Rafiq, Muaz dan Timmy. 

Sumber - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment