Friday, June 5, 2015

Izzuddin Tekad Beri Cabaran Kepada Jaguh Pecut Di Asia Tenggara

SINGAPURA, 4 Jun (Bernama) -- Pelari pecut negara Mohd Izzuddin Yahaya tekad untuk memberikan saingan kepada jaguh di Asia Tenggara dalam penampilan pertamanya pada Sukan SEA ke-28 di Singapura.

Mohd Izzuddin berkata beliau tidak berasa gentar sebaliknya mahu memberikan tumpuan terhadap prestasinya sendiri, walaupun menyedari pesaingnya di peringkat Asia Tenggara adalah pelari-pelari yang hebat.

"Saya langsung tidak gentar...mungkin faktor usia. Jadi saya rasa tiada masalah walaupun saya akan berdepan ramai pelari pecut dari negara lain. Tahap disiplin perlu tinggi dan perlu kurang melakukan kesilapan dalam larian.

"Saya akan buat yang terbaik dan yakin dapat membawa pulang pingat," katanya yang mahu mengikut jejak langkah jurulatih Nazmizan Muhammad yang merupakan bekas Raja Pecut Asia Tenggara.

Mohd Izzuddin, 28, akan beraksi dalam acara 100m, 200m dan 4x100m pada edisi kali ini.

Untuk rekod, catatan peribadi terbaik Mohd Izzuddin dalam acara 100m ialah 10.42saat yang dilakukan pada Terbuka Johor tahun ini, manakala bagi acara 200m pula ialah 21.40s.

Sumber:BERNAMA

No comments:

Post a Comment