Saturday, June 6, 2015

Elena utamakan misi negara


ELENA bertarung dengan keadaan cedera apabila turun beraksi dalam acara 20km jalan kaki wanita pada Sukan SEA 2015 hari ini.

SINGAPURA – Sikap profesional yang ada dalam diri Elena Goh Ling Yin menyaksikan atlet jalan kaki wanita itu sanggup berkorban apa sahaja demi mengharumkan nama Malaysia.
Walaupun baru berusia 19 tahun, namun Elena telah diangkat sebagai antara atlet jalan kaki terbaik Asia Tenggara dan berpotensi untuk mengikut jejak langkah jurulatihnya yang juga Olimpian negara, Yuan Yu Fang.
Bagaimanapun, ramai tidak menyedari bahawa Elena terpaksa bertarung dengan kecederaan lama pada lutut kirinya biarpun akhirnya dia menang atau mencatatkan keputusan membanggakan pada mana-mana kejohanan yang disertainya sebelum ini.
Perkara sama turut berlaku pada temasya Sukan SEA 2015 kali ini yang mana acara 20 kilometer (km) jalan kaki merupakan aksi pembuka tirai buat sukan olahraga di East Coast Park, Singapura hari ini.
Sebelum berangkat ke Si­ngapura minggu lalu, ujian imbasan Magnetik Resonans (MRI) mendapati kecede­raan tersebut agak teruk menyebabkan Elena terpaksa mengambil suntikan untuk menahan sakit.
Begitupun, ia tidak menghalang impiannya untuk melakukan yang terbaik memenangi pingat emas buat negara walaupun sedar dia sebenarnya perlu menjalani pembedahan selepas ini untuk kembali pulih sepenuhnya.
“Lutut saya sekarang tidak berapa sakit kerana minggu lepas saya sudah melakukan suntikan. Selepas dua
minggu, baru rasa sakit semula. Ia kecederaan lama, sejak tingkatan 3 (usia 15 tahun) lagi.
“Memang sangat sakit sekarang ini dan sebenarnya langkah penyelesaian ialah menjalani pembedahan tetapi saya belum bersedia lagi.
“Saya mahu buat yang terbaik dahulu dan memenangi pingat buat Malaysia, selepas tamat Sukan SEA baru saya akan rehat sepenuhnya. Saya harap semua orang dapat doakan kejayaan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu perlu menewaskan jaguh Vietnam, Nguyen Thi Thanh Phuc yang merupakan pencabar utama untuk memenangi pingat emas dalam acara tersebut.
Sebagai rekod, catatan peribadi terbaik Elena ialah 1 jam 45 minit 57 saat.
Selain Elena, cabaran kem olahraga negara hari ini akan digalas Muhammad Khairil Harith Harun dalam acara 20km jalan kaki lelaki.
Sumber: KOSMO

1 comment:

  1. IBU DITA .(Karyawan) terimah kasih banyak Aki atas bantuanya anka ghoib AKI RANGGONG benar-benar tembus mohon maaf AKI ini pengalaman saya...waktu itu saya pernah minta bantuan pada seseorang yang mengaku pintar meramal angka toto...dan saya harus belajar untuk mendapatkan angkanya sampai saya hutang sana sini tapi apa yang terjadi angka yang saya terimah ngak ada yang keluar manpus dalam hati kecil saya....dimana saya harus bayar hutan yang terlanjur menumpuk...hingga akhirnya saya di kasih inpo teman untuk menjadi member AKI RANGGONG hasil angka ritual ghoib yang di kasih AKI kirim ternyata jitu...akhirnya terbayar hutang saya ini dan saya Membeli 8 unit rumah di Karawang, Tanah Kavling, dan franchise minimarket .hanya sekedar pengalam saya...untuk yang mau mencoba angka ghoib dari AKI RANGGONG silahkan hub/sms di nomor ( 085-222-967-279 ) ngak usah ragu-ragu...karna saya sudah merasakanya..terimah kasih AKI RANGGONG..salam bahagia...!!!






    IBU DITA .(Karyawan) terimah kasih banyak Aki atas bantuanya anka ghoib AKI RANGGONG benar-benar tembus mohon maaf AKI ini pengalaman saya...waktu itu saya pernah minta bantuan pada seseorang yang mengaku pintar meramal angka toto...dan saya harus belajar untuk mendapatkan angkanya sampai saya hutang sana sini tapi apa yang terjadi angka yang saya terimah ngak ada yang keluar manpus dalam hati kecil saya....dimana saya harus bayar hutan yang terlanjur menumpuk...hingga akhirnya saya di kasih inpo teman untuk menjadi member AKI RANGGONG hasil angka ritual ghoib yang di kasih AKI kirim ternyata jitu...akhirnya terbayar hutang saya ini dan saya Membeli 8 unit rumah di Karawang, Tanah Kavling, dan franchise minimarket .hanya sekedar pengalam saya...untuk yang mau mencoba angka ghoib dari AKI RANGGONG silahkan hub/sms di nomor ( 085-222-967-279 ) ngak usah ragu-ragu...karna saya sudah merasakanya..terimah kasih AKI RANGGONG..salam bahagia...!!!

    ReplyDelete