Friday, June 12, 2015

Chuan Leong Sahut Cabaran Piala Dunia Di China Isnin Ini

SINGAPURA, 11 Jun (Bernama) -- Selepas merangkul emas berganda pada Sukan SEA ke-28 di sini, jaguh snuker negara, Thor Chuan Leong akan beralih ke peringkat lebih tinggi apabila mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Snuker Piala Dunia 2015 di Wuxi, China, bermula Isnin ini.

"Lagi satu hari saya akan berlepas ke China namun saya tidak ingin meletakkan sasaran yang tinggi kerana banysk pemain hebat dunia beraksi di kejohanan tersebut," katanya kepada Bernama hari ini.

Pada temasya sukan dwitahunan di sini, Chuan Leong merangkul emas dalam acara individu dan acara berpasangan dengan Moh Keen Hoo.

Atlet berasal dari Pulau Pinang itu berkata beliau ke Piala Dunia bukan untuk memburu kemenangan sebaliknya lebih kepada mencari pengalaman apabila berpeluang untuk beraksi bersama pemain handalan dunia.

"Saya perlu letakkan sasaran yang realistik berdasarkan kemampuan yang ada," katanya.

Pada saingan pusingan awal, Chuan Leong dijadualkan bertemu dengan pemain berpengalaman Marco Fu, Isnin ini.

Beliau layak ke Piala Dunia selepas merangkul gelaran juara Asia 2014 selepas mengalahkan pemain Taiwan, Hung Chuang Hing 7-3 pada final di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Sumber -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment