Saturday, June 6, 2015

Bot Khairulnizam menggelembung kerana panas

Mohamad Norza Zakaria dan pasukan pelayaran Malaysia bersorak
Mohamad Norza Zakaria dan pasukan pelayaran Malaysia bersorak tanda bersemangat dalam majlis perjumpaan dan penyerahan saguhati di Pusat Pelayaran Nasional, Singapura semalam. UTUSAN

SINGAPURA – Penyandang juara kapal layar acara laser standard individu lelaki, Khairulnizam Mohd. Afendy dihimpit masalah apabila bot yang bakal digunakan untuk mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA 2015 mengelembung akibat cuaca panas.

Dia, yang turut memenangi emas Sukan SEA 2013 di Myanmar, berkata keadaan itu disedari berlaku selepas tamat latihan kelmarin apabila bentuk botnya berubah sekali gus memerlukan masa untuk memperbaikinya.

“Semalam (kelmarin) saya telah cuba untuk memperbaikinya kerana keadaan ketika itu amat teruk dan boleh menyebabkannya meletup kerana terlalu panas.

“Hari ini (semalam) bot sudah kembali ke bentuk asal, cuma perlu memperbaki beberapa perkara sebelum bersedia untuk aksi esok.

“Ketika ini misi utama saya adalah untuk mempertahankan pingat emas tetapi dalam masa sama perlu lebih berhati-hati dengan cabaran atlet dari Singapura dan Thailand,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia dalam majlis perjumpaan dan penyerahan saguhati kepada kontinjen pelayaran Sukan SEA 2015 di Pusat Pelayaran Nasional, di sini semalam.

Pada Sukan SEA 2015, skuad pelayaran negara meletakkan sasaran untuk memenangi sekurang-kurangnya lima pingat emas.

Pingat emas pertama pelayaran diramal hadir menerusi prospek utama iaitu Khairulnizam dalam acara kegemarannya laser standard.

Dalam Sukan SEA 2013, pelayaran hanya menyumbang dua pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa.

Sumber: UTUSAN

No comments:

Post a Comment