SINGAPURA
- Perenang remaja berusia 18 tahun, Welson Sim menutup kempen acara
renang dengan penuh bergaya apabila merangkul pingat emas bersama rekod
baharu temasya untuk melengkapkan pungutan lima emas yang diraih
kontinjen Malaysia pada hari ketujuh Sukan SEA 2015, semalam. - See
more at:
http://www.utusan.com.my/sukan/5-emas-1-rekod-renang-dilakar-1.101864#sthash.uE4Ynduf.dpuf
SINGAPURA
- Perenang remaja berusia 18 tahun, Welson Sim menutup kempen acara
renang dengan penuh bergaya apabila merangkul pingat emas bersama rekod
baharu temasya untuk melengkapkan pungutan lima emas yang diraih
kontinjen Malaysia pada hari ketujuh Sukan SEA 2015, semalam. - See
more at:
http://www.utusan.com.my/sukan/5-emas-1-rekod-renang-dilakar-1.101864#sthash.uE4Ynduf.dpuf
SINGAPURA
- Perenang remaja berusia 18 tahun, Welson Sim menutup kempen acara renang
dengan penuh bergaya apabila merangkul pingat emas bersama rekod baharu temasya
untuk melengkapkan pungutan lima emas yang diraih kontinjen Malaysia pada hari
ketujuh Sukan SEA 2015, semalam.
Atlet
kelahiran Sarawak itu menamatkan acara 400m gaya bebas dengan catatan masa 3
minit, 53.97s iaitu 0.02s lebih pantas daripada rekod Sukan SEA milik rakan
senegaranya, Daniel Beego yang dilakukan pada Temasya Laos, 2009.
Olahraga
pula menyumbangkan dua emas, masing-masing menerusi lempar cakera, Muhammad
Irfan Shamsuddin dan lompat tinggi, Nauraj Singh Randhawa, manakala boling
meneruskan aksi konsisten dengan merangkul emas ketiga berturut-turut, kali ini
dalam trio lelaki.
Selepas
beberapa hari gagal memburu emas, menembak akhirnya menamatkan penantian
menerusi Alia Sazana Azhari yang menguasai acara 25 meter pistol wanita selepas
menewaskan wakil tuan rumah, Teh Xiu Hong 7-1.
Biarpun
olahraga sudah membutirkan tiga emas setakat ini, namun semua kejayaan
disumbangkan oleh atlet padang pada ketika saingan trek masih buntu
menghadiahkan kejuaraan.
Irfan
nyata berada dalam kelas tersendiri ketika mempertahankan emas lempar cakera apabila
melakukan catatan terbaik 56.62 meter, jauh meninggalkan dua pencabar dari
Thailand, Narong Benjaroon (52.59m) dan Kwanchai Numsomboon (51.02m).
Nauraj
juga mempertahankan emas yang dimenangi di Myanmar, dua tahun lalu biarpun
melakukan lompatan sederhana 2.13m, berkongsi catatan bersama atlet Vietnam,
Dao Van Thuy. Seorang lagi wakil Malaysia, Muhammad Ashraf Saipurahman meraih
gangsa dengan ketinggian 2.11m.
Malaysia
bagaimanapun gagal merampas emas 110m lari berpagar yang kali terakhir
dimenangi Rayzam Shah Wan Sofian di Thailand pada 2007.
Buat
kali ketiga berturut-turut, Rayzam terpaksa berpuas hati memenangi perak
selepas mencatat 13.97s. Jaguh senior Thailand, Jamras Rittidet memahat rekod
muncul juara buat kali keempat berturut-turut bersama rekod baharu temasya,
13.69s. Gangsa milik Patrick Unso dari Filipina dengan masa 14.12s.
Sementara
itu, kombinasi tiga pemain muda, Muhammad Rafiq Ismail, Ahmad Muaz Fishol dan
Timmy Tan memastikan emas ketiga Malaysia di arena boling Orchid Country Club apabila
mengumpul 3,710 jatuhan pin, 45 pin mengatasi saingan sengit trio tuan rumah,
Javier Tan, Howard Saw dan Keith Saw.
Secara
keseluruhan, Malaysia merangkul lima emas, dua perak dan lima gangsa semalam
untuk membolehkan mereka kekal di tangga keempat dalam pungutan pingat dengan
mengumpul 32 emas, 33 perak dan 43 gangsa.
Singapura
terus unggul di kedudukan teratas dengan 66 emas, 58 perak dan 69 gangsa,
diikuti Vietnam (57-31-50) dan Thailand (55-62-49).
Hari
ini Malaysia dijangka menambah beberapa lagi emas dengan pasukan hoki wanita
akan berentap di pentas final menentang Thailand dan dijangka tidak berdepan
masalah untuk muncul juara.
Skuad
badminton wanita bakal berdepan saingan sukar dalam usaha merebut emas
berpasukan selepas dijadual bertemu Thailand, manakala skuad lelaki gagal ke
final selepas tewas 2-3 kepada Indonesia.
Jika
boling mampu meneruskan aksi konsisten, emas mungkin mampu ditambah dalam
berpasukan lelaki dan wanita. Malaysia turun sebagai penyandang juara dalam
berpasukan lelaki.
Sementara
itu skuad Bawah 23 tahun negara menamatkan kempen acara bola sepak Sukan SEA
2015 dengan kemenangan 3-1 ke atas Laos dalam perlawanan terakhir Kumpulan B di
Stadium Bishan semalam.
Gol
pasukan negara disumbangkan oleh Syafiq Ahmad pada minit ke-42 bagi memadamkan
kelebihan jaringan Soukchinda Natphasouk pada minit-22 sebelum Saiful Ridzuwan
Selamat dan Syahrul Ibrahim, memastikan kemenangan Malaysia dengan gol pada
minit ke-71 dan 81.
Sumber – UTUSAN
No comments:
Post a Comment