Wednesday, April 30, 2014

Singapura tak cukup bajet


Singapura: Penganjur Sukan SEA, Singapura membuat keputusan menyenaraikan floorball dan petanque pada temasya 2015 selain menggugurkan karate, angkat berat dan gusti gara-gara kekurangan bajet.

Temasya sukan dwitahunan edisi ke-28 itu yang membabitkan penyertaan 11 negara rantau ini bakal mempertandingkan 36 sukan dan 402 acara dengan pihak penganjur bimbang peruntukan kewangan selepas Vietnam menarik diri daripada menjadi tuan rumah Sukan Asia 2019 kerana soal belanja.

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Sukan SEA Dr Tan Eng Liang berkata, tinju, equestrian, mendayung dan bola tampar antara yang turut disenaraikan dalam senarai asal 30 sukan yang diluluskan pada Sukan SEA Myanmar, Disember lalu.

Pemilihan sukan untuk temasya itu selari dengan kehendak tuan rumah menganjurkan sukan tempatan seperti petanque - sejenis sukan popular di Vietnam, Kemboja dan Laos.

Floorball pula sukan hoki dalam dewan yang popular di Eropah, tapi kini semakin menular di sekolah Singapura.

Myanmar memilih untuk memasukkan sukan bina badan, chinlone - campuran sukan bola sepak dan tarian serta seni mempertahankan diri Vietnam, Vovinam apabila menjadi tuan rumah. Bagaimanapun tiga daripada sembilan sukan itu digugurkan Singapura.

Penganjur sudah meluluskan tenpin bowling, bola lisut, skuasy dan luncur air bagi Sukan SEA 2015 dan menganggap pemilihan sukan itu bakal membantu kutipan pingat serta fokus ke Sukan Olimpik Brazil 2016.

“Kami tidak boleh menduduki tangga terakhir, tiada negara mahukan kedudukan itu,” kata Pengerusi Jawatankuasa Sukan dan Peraturan Persekutuan Sukan SEA Chris Chan.
“Daripada 36 sukan, 34 dipertandingkan di Sukan Asia, 24 di Sukan Olimpik dan hanya dua sukan bukan sukan utama iaitu floorball dan bola jaring.” - Reuters

No comments:

Post a Comment