Saturday, December 7, 2013

Diana cirit-birit

Nay Pyi Taw: Taruhan utama negara, Diana Bong untuk meraih emas pertama Malaysia di Sukan SEA Myanmar mencetuskan kebimbangan selepas atlet itu mengalami cirit-birit.

Juara wusyu dunia berusia 28 tahun itu dijadual turun beraksi pada pusingan akhir nanquan di Stadium Tertutup Wunna Theikdi A hari ini.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku. Saya mengalami cirit-birit sehari selepas tiba (Rabu), selepas sarapan,” katanya.

Namun menurut Diana hanya dia seorang yang mengalaminya.

“Keadaan semakin baik sekarang. Saya tetap akan turun bertanding. “Saya yakin kekuatan mental akan mengatasi perkara lain dan perlu memanfaatkan peluang diberikan jurulatih untuk beraksi,” katanya.

Turut beraksi dalam acara sama, Tai Cheau Xuen yang juga juara Kejohanan Dunia di Kuala Lumpur bulan lalu dalam acara nanquan.
FotoDiana Bong
Mereka akan dicabar tujuh peserta negara lain dengan atlet Indonesia, Ivana Ardelia Irmanto sebagai penghalang utama.

Namun kontinjen negara bukan saja boleh mengharapkan pingat emas dalam acara nanquan kerana beberapa peserta negara turut beraksi dalam acara akhir jianshu wanita dan changquan lelaki.



Daripada Azlan Muhammad Zain, Arena - Harian Metro

No comments:

Post a Comment