Thursday, November 10, 2011

Yi Ting fokus individu

PEMENANG tiga emas di temasya Sukan Sea Laos dua tahun lalu, Siow Yi Ting sedar dia tidak boleh memasang angan-angan tinggi di temasya di Palembang kerana hanya berlatih secara serius sejak dua bulan lalu.
Pemenang tiga anugerah Olimpian itu hanya mula menjalani latihan di Kuala Lumpur, Ogos lalu selepas memberi tumpuan terhadap pelajarannya di Amerika Syarikat.

Selepas beraksi di Laos, Yi Ting hanya menyertai satu kejohanan iaitu Terbuka Hong Kong, bulan lalu yang menyaksikan dia menang perak acara 200m kuak dada dengan catatan 2:35.53s dan gangsa 50m kuak dada, 33.69s.
“Meskipun mendapat pingat, catatan masa saya jauh di belakang masa terbaik kerana hanya berlatih sebulan sebelum kejohanan. Tahap kecergasan saya sudah meningkat dan semoga latihan saat akhir dapat membantu saya memenangi pingat di sini,” katanya.

Gadis berusia 25 tahun itu menang tiga emas di Laos dengan merakam rekod kejohanan bagi acara 100m, 200m kuak lentang selain 200m rampaian individu.

Justeru dia hanya mahu fokus terhadap acara individu biarpun jurulatih kebangsaan, Paul Birmingham menyenaraikan namanya dalam enam acara.

“Saya pasti akan bertanding dalam acara 50m, 100m dan 20m kuak lentang dan 200m rampaian individu.” Begitupun dia berasa sukar untuk mempertahankan ketiga-tiga emas dimenangi dua tahun lalu iaitu 100m dan 200m kuak dada serta 200m rampaian individu.



 - MyMetro

No comments:

Post a Comment