Wednesday, November 16, 2011

Tanpa emas

PULANG AWAL...pelari negara (dari kiri), Kannathasan, Mohd Yunus, Yuvaraj dan Sehzuan meraikan kejayaan memperolehi emas tetapi tak sempat menerima pingat.
PULANG AWAL...pelari negara (dari kiri), Kannathasan, Mohd Yunus, Yuvaraj dan Sehzuan meraikan kejayaan memperolehi emas tetapi tak sempat menerima pingat.
 
KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) dihambat kontroversi ketika Sukan Sea Indonesia sedang berlangsung.

Mereka hampir melepaskan satu pingat emas berharga apabila memutuskan untuk menggugurkan kuartet 4x400m sebelum disenaraikan semula.

Anak didik K Jayabalan menamatkan drama tercetus sebelum itu dengan bangkit membuktikan mereka berhak mewakili negara apabila menghadiahkan pingat emas selepas mengharungi pelbagai ranjau berliku.
“Kami mahu buktikan yang mereka salah,” tegas pelari negara, P Yuvaraaj.

Namun episod itu tidak terhenti di situ dan lebih tragis, kegembiraan barisan pelari membabitkan S Kannathasan, Yuvaraaj, Sehzuan Ahmad Rosely dan Muhammad Yunus Lasaleh tidak dapat diraikan apabila terpaksa pulang ke tanah air pada jam 2 petang semalam ketika majlis kalungan pingat akan dijalankan lewat petang hari yang sama.

Jayabalan bagaimanapun menerima perkhabaran gembira di tanah air yang menyaksikan kehebatan kuartetnya beraksi di Kompleks Sukan Olahraga Jakabaring.

“Saya tidak tahu kenapa kuartet ini digugurkan. Saya menghantar rayuan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan, Datuk Karim Ibrahim selepas tidak disenaraikan dalam senarai terakhir ke Sukan Sea.
“Pada mulanya KOM memberi alasan mereka tidak layak kerana sudah ramai atlet dihantar di bawah kategori B.

“Bagaimanapun selepas merayu, Karim memutuskan mengadakan ujian dan mereka berjaya membuktikan mampu mencatat masa seperti yang diminta.

“Pada 12 November lalu, mereka terbang ke Palembang, dua hari sebelum tarikh pertandingan,” katanya.
Usaha keras jurulatih itu akhirnya berbaloi apabila mereka membalas kepercayaan dengan pingat emas menerusi catatan 3.10:49s dan menewaskan Filipina dan Thailand. Kali terakhir kuartet 4x400m menghadiahkan emas adalah di Korat pada 2007 menerusi Mohd Zafril Mohd Zuslani, Muhammad Zaiful Zainal Abidin, S Thipan dan K Amran Raj.


HARIAN METRO

No comments:

Post a Comment