Monday, November 14, 2011

Renang bermula hambar


SKUAD renang negara yang mendapat pingat perak pada acara 200 meter rampaian di Palembang semalam.


PALEMBANG - Sukan renang yang diharap mampu menjadi lubuk emas kontinjen negara pada Sukan SEA Ke-26 bermula hambar apabila hanya mampu meraih dua pingat perak daripada enam acara akhir yang dipertandingkan di Kompleks Sukan Jakabaring Palembang semalam.

Hari yang disifatkan jurulatih negara, Paul Birmingham sebagai yang sudah dijangka itu menyaksikan Marilyn Lew menduduki tempat kedua acara 100m kuak kupu-kupu wanita.

"Bagaimanapun kita tidak putus harapan kerana ini baru hari pertama. Banyak lagi acara yang akan dipertandingkan selepas ini," katanya selepas perlumbaan.

Satu lagi pingat perak turut disumbang perenang wanita apabila kuartet 4x100m
juga menduduki tempat kedua. Kedua-dua acara kita kalah di tangan perenang Singapura.
Seorang lagi perenang harapan negara, Khoo Cai Lin pula sekadar menduduki tempat keempat acara bukan kegemarannya iaitu 200m gaya bebas.

Singapura menyapu empat daripada enam pingat emas yang dipertandingkan semalam, manakala Thailand berjaya mencuri dua emas.



KOSMO

No comments:

Post a Comment