Wednesday, November 23, 2011

MSN, KOAM tidak sehaluan


SYED MUSTAPHA (kiri) dan Zolkples mengulas pencapaian atlet Malaysia pada Sukan SEA 2011 di Palembang semalam.


PALEMBANG - Sukan olahraga tetap dianggap sebagai acara paling penting dan penyumbang utama pungutan pingat emas pada temasya Sukan SEA.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, acara itu terlalu sukar untuk dimajukan berikutan kontroversi yang melanda.

Secara terbuka beliau mengakui, pihaknya memang mempunyai masalah besar untuk bekerjasama dengan beberapa pemimpin Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) yang dianggapnya kurang bijak dan angkuh.

"Saya percaya kita sebenarnya mampu menang emas lebih banyak dalam olahraga sekiranya masalah ini dapat diatasi. Malah, MSN bersedia mengambil alih program pembangunan sukan ini sepenuhnya jika KOAM sanggup mele- paskannya.

"Malangnya, apa yang berlaku sekarang, MSN masih juga terus membantu atlet elit negara ini tetapi campur tangan KOAM dalam menentu- kan program pembangunan menyebabkan keadaan menjadi kacau dan kelam-kabut," katanya.

Beliau merujuk kes membabitkan kuartet 4x400 meter negara yang mana tiga dari- pada empat orang pelarinya masih menerima bantuan berupa elaun, tempat tinggal dan latihan daripada MSN.

Kuartet yang terdiri daripada S. Kannathasan, P. Yuvaraaj, Schezuan Ahmad Rosely dan Mohd. Yunus Lasaleh itu menjadi mangsa penganiayaan KOAM apabila digugurkan daripada Sukan SEA tetapi kemudiannya disenaraikan di saat akhir sebelum melakukan kejutan dengan menang pingat emas.

Di samping itu, Zolkples juga merujuk kepada kritikan keras yang dibuat Noraseela Khalid terhadap KOAM seba- gai bukti persatuan olahraga negara itu gagal dalam menjaga kebajikan dan karier atletnya.

"Malah, ketika MSN menghantar Noraseela berlatih ke luar negara, KOAM membuat pelbagai tuduhan liar kepada kami dan apabila Noraseela mengkritik selepas menang emas, KOAM kata ada pihak dalam MSN menjadi dalangnya. Ini tidak benar," tegas beliau.

Seperkara lagi katanya, KOAM tetap menagih bantuan daripada MSN tetapi dalam waktu sama tidak mahu mengikut arahan demi kebaikan bersama.

Sebagai contoh, nasib yang menimpa kuartet 4x100m wanita yang mana MSN mengarahkan agar Tan Kok Lim diberi peluang melatih mereka. Malangnya tidak dipersetujui oleh KOAM.



KOSMO

No comments:

Post a Comment