Tuesday, November 15, 2011

Kejutan 4x400m lelaki

 KUARTET emas (dari kiri) Yunus Lasaleh, Kannathasan, Schzuan dan Yuvaraaj   meraikan kejayaan  di Kompleks Jakabaring, Palembang, semalam.
KUARTET emas (dari kiri) Yunus Lasaleh, Kannathasan, Schzuan dan Yuvaraaj meraikan kejayaan di Kompleks Jakabaring, Palembang, semalam.
 
OLAHRAGA menceriakan kem Malaysia di Palembang, semalam apabila meraih dua pingat emas menerusi Lee Hup Wei yang mencatat hatrik emas di Sukan SEA dengan lompatan 2.15 meter dan kuartet 4X400 meter lelaki di Stadium Olahraga Jakabaring, Palembang, semalam.

Ketika pemenang emas temasya Korat 2007 dan Laos 2009 itu sudah diduga sekalipun membuat penampilan kompetitif pertama sejak pembedahan buku lali Mac lalu, kemenangan kuartet 1,600 meter yang dibarisi Muhammad Yunus Lasaleh, S Kannathasan, P Yuvaraaj dan Schzuan Ahmad Rosely yang mencatat 3 minit 10.47 saat untuk menewaskan kuartet Filipina dan Thailand, cukup mengejutkan.

Hup Wei membuktikan dia masih jaguh di rantau ini apabila mengenepikan atlit Thailand, Pramkote Pumurai yang memenangi perak (2.12m) manakala gangsa dimenangi atlit Vietnam, Nguyen Duy Bang (2.08m).
Seorang lagi atlit negara, Ahmad Najwa Hassaim Ahmad menduduki tempat keempat dengan lompatan setinggi 2.08m.

Hup Wei, 24, yang juga pemegang rekod kebangsaan dengan 2.27m yang dilakukan di Terbuka China 2008 bagaimanapun berkata, dia agak kecewa kerana gagal melepasi ketinggian 2.20m yang menjadi sasarannya tahun ini untuk mengumpul keyakinan memburu kelayakan ke Olimpik tahun depan.

“Saya sudah cuba yang terbaik tetapi terpaksa terima hakikat saya baru saja pulih daripada kecederaan,” kata atlit kelahiran Dengkil yang hanya memutuskan untuk menyertai Sukan SEA pada Ogos lalu.

Kontinjen olahraga turut menambah satu gangsa menerusi Wong Siew Cheer dalam acara lontar tukul besi, semalam.
Siew Cheer mencatat 57.04m, di belakang pemenang emas dari Thailand, Petchaiya Tantipo (61.46m) dan pemenang perak dari Filipina, Ferrera Arniel (60.19m). B.Harian

No comments:

Post a Comment