PERSEKUTUAN Karate Malaysia (Makaf) menetapkan sasaran memungut enam pingat emas pada Sukan SEA di Indo- nesia bulan depan.
Presidennya, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sasaran itu mampu dicapai menerusi sistem baru latihan yang diperkenalkan tahun ini oleh jurulatih perunding dari Eropah, dan ia berhasil setelah Malaysia berjaya memunggut satu pingat gangsa pada Kejohanan Karate Remaja dan Kadet Dunia Ketujuh di Melaka baru-baru ini.
Menurutnya, bagi melengkapkan cabaran itu, enam atlet dari skuad pelapis akan diserap- kan ke dalam skuad senior negara dalam usaha merealisa- sikan sasaran pingat di Sukan SEA nanti.
"Kita yakin boleh mencapai sasaran tersebut biarpun menjangkakan akan menerima saingan sengit daripada pasukan tuan rumah, Indonesia dalam Sukan SEA bulan depan,"' katanya kepada pemberita selepas menutup Kejohanan Karate Remaja dan Kadet Dunia Ketujuh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) kelmarin.
Pada kejohanan itu, Mesir muncul juara keseluruhan dengan memungut lapan emas, tiga perak dan empat gangsa, manakala Turki menduduki tempat kedua dengan meraih enam emas, lima perak dan satu gangsa.
Kejohanan yang berlangsung selama empat hari bermula Khamis lalu itu menyediakan 31 pingat emas dan berjaya menarik penyertaan 1,200 atlet karate mewakili 81 negara, anta- ranya Perancis, Croatia, Jepun, Jerman, Arab Saudi dan Sepa- nyol.
Malaysia menjadi tuan rumah buat pertama kali Kejoha- nan Karate Remaja dan Kadet Dunia Ketujuh pada tahun ini. Sepanyol terpilih menjadi tuan rumah buat kejohanan tersebut pada tahun 2013.
Selain itu, kata Mohd. Ali, dalam usaha meningkatkan mutu atlet karate negara, Makaf dengan kerjasama agensi berkaitan perlu mengembling tenaga bagi mendedahkan para atlet menyertai lebih banyak pertandingan di peringkat antarabangsa.
Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment