KUALA LUMPUR - Pelumba berpengalaman, Suhardi Hassan yang kembali disenaraikan dalam skuad Sukan SEA 2011 berikrar akan menggunakan kepakaran dan pengalamannya untuk meraih pingat emas acara lepas beramai-ramai lelaki elit dalam acara tersebut yang diadakan di Subang, Indonesia bulan depan.
Juara Sukan SEA 2005 di Manila itu mahu menjadikan perlumbaan Kejohanan Grand Prix Kebangsaan Sirkit Perlis (GP Perlis) Sabtu ini sebagai medan memperaga kehebatan.
Dia juga mahu mendapat rentak keserasian bersama rakan sepasukan seperti Muhammad Rauf Nur Misbah, Akmal Amrun dan Mohd Shahrul Mat Amin.
"Perlis adalah tempat saya mula kayuh basikal. Jadi apabila nama saya disenaraikan semula dalam skuad Sukan SEA, pertandingan pertama menjelang sukan tersebut ialah pada Grand Prix Perlis.
"Ia satu kebetulan. Namun saya keyakinan baru. Saya mahu uji kehebatan pada Grand Prix Perlis. Saya ingin tahu di mana saya berada sekarang berbanding rakan sepasukan.
"Bagaimanapun saya tahu ia satu tugas yang sukar kerana rakan sepelatih seperti Muhammad Adiq Hussainie (Othman) dan Amir Rusli (Mustafa) adalah pelumba yang sangat bagus.
"Prestasi mereka sangat konsisten. Namun saya percaya saya boleh uji prestasi terkini saya pada Grand Prix Perlis nanti," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Pemenang pingat perak pada Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand itu kembali disenaraikan dalam skuad Sukan SEA kali ini selepas pelumba serba boleh, Loh Sea Keong mengalami kemalangan dua hari lalu dan dijangka perlu berehat lebih enam minggu.
Keputusan tersebut bermakna anak jati Kelantan itu perlu melupakan cabaran di Subang, Indonesia.
Suhardi menyifatkan penyenaraiannya dalam skuad Sukan SEA 2011 sebagai keputusan yang tepat.
Dia berazam meninggalkan temasya sukan dwi-tahunan itu dengan kenangan paling manis.
"Saya ada dua pingat Sukan SEA iaitu emas dan perak. Saya masih terkilan dengan kekalahan kepada pelumba Indonesia di Korat.
"Waktu itu saya berada dalam prestasi terbaik dan percaya saya boleh kekalkan pingat emas yang saya menang di Manila. Bagaimanapun saya silap strategi pada 10 kilometer terakhir.
"Jadi apabila Sukan SEA kali ini diadakan di Subang, Indonesia; saya ada misi tersendiri. Saya mahu balas dendam.
"Kalau boleh mahu pastikan pingat emas milik pelumba Malaysia," katanya.
UTUSAN MALAYSIA

No comments:
Post a Comment