Wednesday, August 17, 2011

Quzandria, Qabil buat kejutan

QABIL  dan Quzandria  akan sertai kejohanan kelayakan di Eropah bermula awal tahun depan hingga Jun bagi mengejar tiket ke Olimpik.
QABIL dan Quzandria akan sertai kejohanan kelayakan di Eropah bermula awal tahun depan hingga Jun bagi mengejar tiket ke Olimpik.
 
Tarik diri sertai Sukan SEA 2011 untuk beri laluan kepada ekuin baru

SKUAD ekuestrian negara menerima tamparan hebat selepas jaguh sukan berkuda negara, Qabil Ambak sah tidak akan menyertai Sukan SEA di Jakarta, November ini.
Penunggang berusia 31 tahun itu membuat keputusan mengejut sebagai membuka laluan kepada muka baru mewakili negara dalam temasya dwi-tahunan itu.
“Saya sudah kerap mewakili negara dan kini sampai masanya saya memberi laluan kepada ekuin baru menyahut cabaran di peringkat antarabangsa,” katanya yang berjaya memenangi sembilan emas pada tiga penyertaan Sukan Sea (2001, 2005 dan 2007).

Tambah perit, Qabil juga berkata adiknya, Quzandria Nur juga mengambil keputusan sama tidak menyertai temasya dwi-tahunan itu.

Qabil yang kini masih kekal selaku jaguh Asia Tenggara berkata, kedua-dua mereka sekarang ini mahu memberi tumpuan layak ke Sukan Olimpik 2012 di London.

Ketiadaan adik beradik itu di Sukan SEA bakal menyaksikan cabaran negara digalas penunggang baru, antaranya Nurin Salleh, Nabil Ismail dan Andika Jamaluddin.
Di Sukan SEA nanti Malaysia akan menghantar lapan penunggang menyertai acara show jumping, dressage dan eventing.

Qabil berkata, dia dan adiknya akan menyertai kejohanan kelayakan di Eropah bermula awal tahun depan hingga Jun bagi mengejar tiket ke Olimpik.


BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment