Monday, April 11, 2011

Song Hwa ke Sukan SEA


SONG HWA
layak secara merit ke Sukan SEA 2011 di Jakarta.

ATLET lontar tukul besi wanita negara, Tan Song Hwa berjaya melepasi had kelayakan untuk beraksi pada Sukan SEA 2011 di Jakarta, Indonesia, November depan, lapor HELMI TALKAH. Song Hwa membuktikan betapa dia layak beraksi pada te- masya dwitahunan itu secara merit selepas melepasi had kelayakan yang ditetapkan ketika menyertai Kejohanan Olahraga Grand Prix (GP) Kebangsaan Siri 1 semalam.

Pada kejohanan tersebut, Swong Hwa berjaya melakukan balingan sejauh 54.8 meter.

Catatan yang dilakukan Song Hwa itu dianggap baik berbanding had kelayakan ke Sukan SEA dalam acara tersebut iaitu 54.12 meter.
Dengan kejayaan tersebut, Song Hwa yang merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA 2009 di Laos kini mengi- kut jejak langkah sembilan lagi atlet olahraga yang lain yang terlebih dahulu melepasi had kelayakan.

Menurut Song Hwa, matlamat utamanya tahun ini adalah mempertahankan pingat emas yang dimenanginya dua tahun lalu itu.
Namun dia mengakui, sekiranya ingin merealisasikan hasrat tersebut, dia perlu mempamerkan balingan konsisten melepasi jarak 55 meter.

"Sebagai persiapan, saya juga akan menyertai Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) dan Sukan Universiti Dunia.
"Mungkin selepas GP Kebangsaan ini saya bakal menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Thailand tetapi belum dapat dipastikan lagi," katanya yang memiliki catatan peribadi terbaik dengan bali- ngan sejauh 58.45 meter.

Sementara itu, hasrat bagi menyaksikan ada dalam ikala- ngan atlet-atlet pecut negara melepasi had kelayakan ke Sukan SEA bukan sahaja tidak kesampaian, malah catatan masa yang direkodkan mereka begitu mengecewakan.

Mohd. Zabidi Ghazali yang meraih tempat pertama dalam acara 100 meter lelaki sekadar mencatatkan masa 10.86 saat, diikuti Mohd. Ikhwan Noor (10.88 saat) dan Ambrose Jilon (10.91 saat).

Catatan yang dilakukan itu jelas jauh ketinggalan daripada had kelayakan yang ditetapkan iaitu 10.30 saat.
Skrip yang sama turut berulang dalam acara pecut wanita apabila pemenang tempat pertama, Nor Jannah Hafiszah Jamaludin sekadar mampu melakukan catatan 11.93 saat.



Kosmo

No comments:

Post a Comment