CHEW Chan (kanan) dan Wan Yuen meraikan kejayaan mereka di Gimnasium Booyoung Universiti Nasional Laos, petang semalam. |
Wan Yuen keluar daripada persaraan raih gangsa kategori heavyweight
TEPAT jam 5.10 petang semalam,lagu Negaraku berkumandang megah di Gimnasium Booyoung, Universiti Kebangsaan Laos ketika Che Chew Chan berdiri megah selepas dikalungkan emas pertama negara di Sukan Sea Laos.
Senyuman gadis manis berusia 27 tahun dari Pontian, Johor yang muncul juara kategori middleweight bawah 73kg itu jelas menceritakan kepuasan tidak terhingga.
Namun jauh di sudut hatinya, kalungan emas dicipta selepas menewaskan peserta Vietnam, Nguyen Ha Ti di final dengan kiraan 3-2 cukup bermakna selepas pelbagai halangan ditempuhi.
Chew Chan baru sembuh dari pembedahan di kedua-dua belah lututnya dan temasya kali ini juga adalah yang pertama buatnya dalam kejohanan antarabangsa selepas Olimpik Beijing.
"Saya cedera sejak Oktober tahun lalu dan hanya pada Ogos baru saya menjalani latihan, saya tidak menyertai mana-mana kejohanan sehingga boleh beraksi di Sukan Sea ini," katanya.
Kejayaan disifatkan 'sangat berbeza' itu juga diharapkan Chew Chan akan membuka mata banyak pihak bagi menyelesaikan kemelut membelenggu badan induk sukan itu hingga menyukarkan atlit negara bersaing di pentas antarabangsa.
Emas di Sukan Sea ini juga adalah yang kelima buat Chew Chan selepas kali pertama meraihnya pada temasya di Kuala Lumpur pada 2001 dan dia hanya terlepas emas pada temasya Vietnam 2003 ketika dia hanya meraih perak.
Selain Chew Chan, atlit veteran negara Lee Wan Yuen turut menyumbang gangsa dalam acara heavyweight pada sebelah pagi dalam saingan dimenangi atlit Thailand, Rapatkorn Prasopsuk manakala perak dimenangi Alora Kirstie Elaine.BHARIAN
No comments:
Post a Comment