Monday, December 14, 2009

Skuad angkat berat boleh berbangga


ZULKIFLI turut menyumbang pingat perak.


VIENTIANE - Biarpun tidak meletakkan sebarang sasaran, skuad angkat berat Malaysia berjaya melakukan kejutan selepas membawa pulang tiga pingat perak dan dua gangsa daripada temasya Sukan SEA XXV ini.

Pada hari terakhir acara angkat berat semalam, Malaysia menambah koleksi pingat perak menerusi Mohd. Faiz Musa dalam kategori lelaki 94kg.

Sementara Arisha Farra Erwin Abdullah yang bertanding dalam kategori wanita 69kg, gagal meraih sebarang pingat.

Pingat perak lain yang diraih Malay- sia sebelum ini adalah menerusi Raihan Yusoff dalam acara 53kg wanita dan Zulkifli Che Rose dalam acara 77kg lelaki.

Dua pingat gangsa pula disumbang oleh Amirul Hamizan Ibrahim dalam acara 56kg dan Zaira Zakaria melalui acara 48kg wanita.

Jurulatih Zakaria Yusop berkata, pencapaian di Laos ini telah berjaya memperbaiki pungutan pingat di Korat, Thailand pada 2007.

"Majlis Sukan Negara (MSN) sendiri tidak meletakkan sebarang sasa- ran daripada skuad angkat berat.

"Tetapi bila kami berjaya memperbaiki pungutan pingat bermakna kami dalam laluan yang betul untuk terus melahirkan atlet angkat berat yang lebih berkualiti," katanya.

Di Korat, skuad angkat berat sekadar meraih satu perak dan satu gangsa me- nerusi Che Azrol Che Mat (105kg) dan Naharudin Mahayudin (62kg).

No comments:

Post a Comment