Wednesday, December 16, 2009

Silat hanya mampu sumbang gangsa

MALAYSIA memungut satu lagi pingat gangsa dalam acara pencak silat Sukan SEA XXV menerusi pesilat wanita, Siti Rahmah Nasir Mohamed Nasir dalam kate- gori 65-70kg.

Pingat tersebut merupakan pingat gangsa keenam yang dipungut oleh pasukan Malaysia dalam acara berkenaan setakat ini.

Siti Rahmah, 22, tewas kepada pesilat Thailand, Monruthai Bangsalad pada peringkat separuh akhir yang berlang- sung di Pusat Perdagangan Antarabangsa dan Konvensyen Lao.

Ngoan Le Thi Hong dari Vietnam turut memungut gangsa selepas tewas kepada pesilat Indonesia, Sofani Rakhmalianti dalam satu lagi pertandingan separuh akhir.

Secara keseluruhan, Malaysia menduduki tempat keenam dalam acara tersebut daripada sembilan negara yang mengambil bahagian.

Singapura mengungguli dengan satu emas dan lima gangsa, diikuti oleh Brunei (satu emas, tiga gangsa), Indo- nesia (satu emas, tiga gangsa), Vietnam (dua perak, satu gangsa) mana- kala Thailand satu perak dan empat gangsa.

Acara tersebut yang menawarkan 12 pingat emas akan berakhir esok. - Bernama

No comments:

Post a Comment