AKSI Tek Hua (tengah) ketika menentang Indonesia, semalam. |
BEH Shun Ting-Luk Teck Hua menjadi wakil tunggal negara ke suku akhir acara bolatampar wanita, selepas menduduki tempat kedua Kumpulan B dengan menundukkan gandingan Indonesia, Efa-Yakobeth, 2-0 di Kompleks Sukan Nasional, semalam.
Kemenangan itu membolehkan mereka mengumpulkan sembilan mata untuk berada di belakang Thailand 2. Shun Ting-Teck Hua akan berdepan pasangan Laos 2 di suku akhir hari ini.
Satu lagi pasangan negara, Jesse Lee-Chia Chou Hwa gagal mengiringi mereka selepas tewas semua empat perlawanan Kumpulan A.
Dalam acara lelaki, dua pasangan negara, Lee Kwong Tong-Khoo Chong Long dan Mohd Faiz Putra Abd Razak-Muhamad Fitri Salim juga gagal ke suku akhir selepas menduduki tempat terakhir kumpulan masing-masing. BHARIAN
No comments:
Post a Comment