Monday, December 14, 2009

Puvaneswaran jagoan negara

LIMA emas sudah digenggam dan dia tidak pernah terlepas sekalipun untuk menghadiahkan pingat buat negara sejak kali pertama beraksi pada Sukan Sea Kuala Lumpur 2001.

Justeru secara logik, tiada apa lagi perlu dibuktikan jaguh negara, R Puvaneswaran yang sudah menunaikan tanggungjawab dengan sempurna.

Namun, masih terbuku di hati betapa dia masih mahukan kilauan emas - cuma bukan dalam acara individu tetapi berpasukan yang kali terakhir dimenangi pada 1993.

Puvaneswaran mengisytiharkan dia tidak lagi mahu beraksi dalam acara individu tetapi memburu emas berpasukan.

“Saya dahagakan emas berpasukan kerana pada setiap temasya kami hanya mendapat perak. Ini sesuatu yang teruk bagi saya sejak menjadi kapten pada 2001,” katanya.

Jurulatihnya, P Arivalagan yang menjadi anggota pasukan yang memenangi emas pada 1993 berkata: “Kami sudah menepati sasaran lima emas tetapi misi kami tidak akan lengkap sehingga memenangi acara berpasukan.”

No comments:

Post a Comment